Sunday, August 4, 2019

Merasai Makan Malam Di Dalam Sungai di BBQ LAMB KL Kemensah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Setelah hampir 5 bulan tidak kesini, akhirnya berjaya juga berkumpul di BBQ Lamb KL Kemensah untuk makan malam. Ini merupakan kali ke 3 Faries kesini! Tempat kegemaran kot! Mesti kena repeat selalu.hehehe. Makan malam kali ini istimewa sedikit sebab kami boleh makan didalam sungai pada waktu malam taw. Dulu tak boleh sekarang dah boleh. Nak tahu pengalaman makan dalam air sungai pada waktu malam? Alaa kenalah baca sampai habis.hehehe

Kepada yang pernah baca blog Faries pasal BBQ Lamb KL Kemensah ni mesti tahu atau senang cerita dah boleh gambar macam mana suasana disini. Suasana di BBQ Lamb KL Kemensah ini ialah boleh dikatakan berkonsepkan makan di dalam rimba yang tenang dan nyaman. Gituhh. Kepada pecinta keindahan semulajadi wajib pergi kesini. Korang boleh makan BBQ Lamb didalam sungai jernih yang mengalir sambil dengar bunyi-bunyi hutan yang sangat  nyaman.


Apa yang istimewanya kali ini, BBQ Lamb KL Kemensah sudah buka untuk pengunjung makan malam di dalam sungai pada waktu malam! Jarang risau sebab lagi cantik view malam ditemani lampu dan derasan air sungai yang mengalir betul-betul rasa tenang sangat. Restoran ini pun dah berubah banyak weyh. Makin cantik dengan terdapat buaian dan jejantas untuk korang nak wefie ke.hehehe




Eh kalau bab makan kat sini memang sedap dan tak boleh dinafikan lagi. Jom Faries belanje korang tengok apa yang kiteorang makan kat sini..

Antara set-set menu yang ditawarkan berserta harga:

Seafood Set: RM 170

Fish Set: RM 160

Meat Set: RM 150

Bird Set: RM 140

Setiap set termasuk
Nasi x 4
Pencuci Mulut x 4
Sup x 1
Buah-buahan 
Air boleh refill

Insyaallah ada masa nanti akan kembali kesini dan datang bersama keluarga pula. Seronok betul bila kesini puas hati betul dan semua kenyang belaka yer. Berkumpul dengan kawan-kawan ditempat macam ni memang best. Banyak la cerita nak kongsi kan sebab suasana pun tenang jer. Kalau korang nak datang kesini boleh lah buat tempahan seeloknya sebab selalu penuh.hehehe. Nak rasa makan dalam sungai kan? hehehe..

Muka happy kekenyangan. Terima Kasih BBQ Lamb KL Kemensah <3

Nak tahu lebih lanjut atau sebarang pertanyaan serta tempahan, sila hubungi,

Whatsapp: 012-2114100

Waktu Beroperasi: 
Isnin, Selasa, Rabu Khamis, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 12 PM- 10 PM
Jumaat: 4 PM- 10 PM


BBQ Lamb KL Kemensah
Jalan Taman Zooview,
 Kampung Kemensah, 
68000 Ampang, Selangor

20 comments:

Dunia Mommy Comel said...

wah oklah harga dia. siap view sungai. tapi nak dtg makan malam xberani.. makan during siang ok lagi. hihi. btw thanks for the info sharing ya

Hanny Abdullh said...

Sis dah pernah makan kat sini sekali, memang sedap makanan dia dan yang syiok sambil makan boleh rendam kaki dalam air sungai tu..nyaman je. Teringin jugak nak cuba makan time malam, nak rasa suasana malam pulak

Hasif Hamsyari said...

Alaaa sedapnya nampak semua makanan tu! Buat lapar je tengah-tengah hari ni kan. Haha. Btw walaupun dah lama, saya tak pernah sampai sini lagi. Asyik teringin je. Lepak dengan member-member memang best kan kat sini. Iyalah sambil rendam kaki dan makan daging kambing (favourite) pulak tu kan!

athirahassin said...

Syoknya.. ramai nampak pegi lepak mkn sini. Bila la dpt pegi merasa ni..

adianiez AIDA said...

One day memang nak g sini jugak.
Byk baca review uolls, semakin membara nak gi tau.
Yg psti, anak aida sure x nak makan!
Ralit lah dia nanti main air :) ha ha ha...
Kena bwk kan dia baju spare lah...
Makanan best. Suasana best. Terbaik lah...

saidila said...

dah pernah makan kat sini ...memang best ...paling suka dengan hidangan daging sebab ada smoke duck , lembut sangat dan juicy ...sepinggan pun tak cukup ...nanti nak dtg lagilah

Ahmadi said...

Haha..teringat bila baca dan komen posting tuan @Zharif bila dia review makan kat sini..rupanya tuan ada sekali...patutlah gambar sama je :)

AyuArjuna BiGoshh said...

nampak hidangan kat sini semuanya sedap2 dan menyelarakan..kalau datang makan dengan kengkawan memang syok...kat tepi sungai yang jernih, persekitaran pulak macam tu...mcm terapi lah pulak

Admin said...

Wow.. Menu kat sini nmpk sedap dan menarik tambah2 pula persekitaran yang macam tu lagi lah best.. Feel nak makan pun mesti ok kalau p lepak2 makan kat kedai ni..

apekinahdotcom said...

Syoknya makan sambil layan suasana disekeliling. Rasa tenang je. Harga makanan pun affordable. Bolehlah makan-makan kat sini nanti

mrsliez said...

Serius suka giler dengan persekitaran BBQ lamb ni.. tenang je dan dengar bunyi air sungai. Hari tu pergi anak-anak dah smp nak terjun mandi.. menu dia toksah cakap la memang tip top sedap..

Nadia Johari said...

ya ampun sedapnya semua..kan best kan makan sini..nad pun pernah makan..lagi dalam air..waktu malam makan dalam air, memng laind ari yang lain..ehhee..kene baak baju spare ni makan sini..makana pulak semua sedap..memang tak pernah mengecewakan..

budakbandunglaici said...

bila lagi nak repeat datang sini? puas hati dapat makan semua jenis pilihan menu yang ada. Datang beramai-ramai memang meriah tambah lagi berendam kaki dalam sungai tu. sejuk je kaki sambil makan daging ayam tu. umpph craving pulak tengok gambar.

Lia Hasty said...

Semua set dia nampak sedap. Harga pun berbaloi dengan menu yang dihidangkan. makan dengan suasana air sungai ni memang menarik lah.

Alia Farhan said...

Ya Allah.. Sedapnya lauk2 dia... Semua fav niii.. Kalau akak pi mesti rambang mata niiii nk mkn apa

Nina Mirza said...

Kita dah pernah makan kat sini. Memang best! Suasana rare! Sesuai laaa buat yang inginkan kelainan. Makanan pun sedap. Harga berbaloi dengan keunikkannya.

Siti Awadah said...

sis x pernah sampai lg.. mcm best je tempat ni.. boleh makan dlm air lagi.. hmmm.. unik... tq sharing... nnti ada masa turun area sana, InshaAllah nk singgah juga la.. =D

precious cla said...

wow yang ni macam satu tempat kat Philiphine tu kan, sambil makan sambil rendam kaki. Bila perut kenyang terus mandi dalam tu boleh ke hahaha

Aliza Sara said...

Pergh! Nmpk sedap and seronok dapat makan dlm sungai. Mmg teringin sngt nk pergi tpi tgh fikirkan jugak nk pakai apa bila dah smpai. Hehe. Dah kena sedia nk makan dalam sungai la katakan. Tkut basah bila nk balik nnti. Hehe

HALIMAH BINTI MUHIDEN said...

Seronok mkn kat situ Kan? Kak dah byk kali kesitu mkn cuma blm lg tray mkn waktu mlm abg mmg suka sbb byk menu pilihan