Friday, February 8, 2019

Pengalaman Pertama Memasak Menggunakan Produk Organik Alce Nero- Cooking Right, Looking Good 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila bercakap tentang memasak je memang awal-awal dah surrender sebab memang tak ada kemahiran memasak. Kalau masak yang ringan-ringan boleh lah.hehehe. Baru-baru ini, Faries telah menyertai satu event memasak yang dibawakan oleh 100comments iaitu 'Cooking Right, Looking Good' tahun 2019 yang bertempat di Berjaya University College, Kuala Lumpur. Korang nak tahu apa yang jadi dan makanan apa yang Faries masak sepanjang program ini berlangsung? Jom teruskan membaca....


Untuk pengetahuan semua, 100comments merupakan pengasas kepada event masakan ini dan ditaja penuh oleh Alce Nero. 100comments merupakan sebuah organisasi yang memberikan maklumat dan menawarkan produk-produk berasaskan kesihatan. Alce Nero pula merupakan rangkaian produk berasaskan makanan yang menggunakan bahan-bahan organik. Selain itu, penaja sampingan untuk program masakan ini ialah  Oilum, Nutriva dan Eubos

Memandangkan ini kali pertama Faries sertai pertandingan memasak, perasaan tu betul-betul teruja taw. Kami dibahagikan kepada 8 kumpulan dan bagi 1 kumpulan mempunyai 2-3 orang ahli. Alhamdulillah, kumpulan Faries walaupun semua lelaki tetapi kedua-dua lelaki tu nampaknya pandai memasak. Terima Kasih Zharif dan Moka.hehehe. Kumpulan kami merupakan kumpulan (7)


Sebelum bermula, kami semua dibawa ke dapur memasak dan mendengar sedikit arahan dan tutorial memasak daripada Chef Athira yang merupakan tenaga pengajar di Berjaya University College. Beliau sangat berpengalaman dalam bidang masakan dan Faries suka personality beliau. hehehe. Ok back balik kepada cerita, kami semua ditugaskan untuk memasak 3 jenis menu dan 1 minuman. Antara menu-menunya ialah  Tri-color Asian Pasta Salad, Italian Seafood Laksa, Chinese Strawberry Jam Cakes dan air minuman Ginger Spiced Apple Cider Cooler. Masa yang diberikan hanya 3 jam. Ohoi kelam kabut jugak nak siapkan dalam masa 3 jam. Tapi kami tak risau sangat sebab Chef Athira dah beri guide untuk setiap resipi dengan bagus sekali.hehehe



Dalam waktu 1 jam terakhir kami berjaya menyiapkan kesemua menu yang kecuali air. Lupe pulak!hahaha. Walaupun menghadapi detik-detik sukar seperti adunan untuk buat biskut strawberry tu asyik hancur je tapi alhamdulillah masih sempat. Untuk masakan laksa juga berjalan lancar atas kawalan Moka dan Faries bantu-bantu sikit. Akhirnya siaplah menu! huhuhu


Setelah selesai menghias menu-menu dan waktu telah tamat. Kami diarahkan membawa hidangan makanan makanan kepada juri-juri untuk dinilai. Sambil menunggu pengadilan tu Faries sempat melantak dan jalan-jalan melihat produk-produk yang merupakan penaja bersama program memasak ini.

Alce Nero


Produk-produk Alce nero memang best sebab produk ine merupakan produk organik dan sangat bagus untuk kesihatan. Antara produk yang ditawarkan seperti pasta, jem strawberry, madu dan banyak lagi. Madu organik Alce Nero memang best!


Nutriva Morihealplus dan Nutriva Nutritional Yeast


Salah satu produk kesihatan yang bagus untuk menambah nutrisi dalam makanan kita. Korang boleh tambah je produk nutriva ni dalam makanan korang.Nutriva juga menjual produk suplement untuk minuman. Korang kene try taw.


Eubos


Seterusnya, Eubos rangkaian produk penjagaan kulit muka daripada negara Jerman. Faries losyen tangan yang berkesan merawat kulit tangan kering serta memberi kelembapan berpanjangan. Sesuai la untuk lelaki macam Faries yang jenis selalu terdedah kepada cuaca panas matahari dan kurang minum air kosong. Sangat sesuai untuk korang. Kalau nak dapatkan produk ini boleh ke Farmasi berdekatan yer.

Oilum


Akhir sekali produk yang Faries cuba ialah produk minyak zaitun & kolagen Oilum. Losyen Oilum ini memang sangat bagus untuk melindungi kulit korang. Untuk pengetahuan korang juga, Losyen Oilum tidak ada sebarang bau ya.Kebaikan kandungan kolegen dan minyak zaitun cukup bagus memberi awet muda kepada si pemakai. Korang pun boleh dapatkan produk ini di Farmasi berdekatan ye. Highly recommended!

Alhamdulillah, walaupun kumpulan kami tidak memenangi tetapi kumpulan kami telah menerima beberapa komen positif daripada Chef Athira dan Nathan Deverre (marketing advisor Alce Nero Malaysia) untuk ketiga-tiga menu masakan kami. Tahniah kepada semua pemenang!


Faries memang seronok menyertai program masakan seperti ini. Macam-macam ilmu Faries belajar tentang masakan taw. Sekarang ni dah rajin nak kedapur untuk memasak. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal 100comments atau produk-produk penaja korang boleh layari website dibawah ye.


Terima Kasih 100comments dan Alce Nero

Jom layari

7 comments:

Ezna Khalili said...

Menarik aktiviti macam ni satu pengalaman yang menarik sebab dapat masak apa yang sesuai dengan sesuatu produk. Lepas ni boleh praktikkan apa yg dipelajari.

Balqis Athirah said...

Wahh pengalaman baru ni, seronok dapat memasak bersama rakan blogger yang lain ye. Sedap betul menu tu. Akak nak try jugak. Yang biskut strawberry Tu nampak menarik je. Mesti sedap kan. Baru tau Alce Nero ni berasaskan bahan organik. Boleh cari produk ni nanti

Kayathre said...

Interesting. I love cooking too. But not to this masterchef level..lol...very interesting activity

Murni Alysa said...

Suka tengok korang beraksi..mcm rancangan masterchef dah gayanya..hidangan pon menarik dan nampak menyelerakan..best juga join program macam ni..boleh asah bakat terpendam

xulhlmi said...

Bestka dapat lakukan aktiviti memasak sambil belajar. Nanti faries bole dah join competition masak. Heheh

Hanny Abdullh said...

Seronok sungguh dapat sertai program masakan macam ni, teringin gak sebab macam2 ilmu tentang masakan kita leh dapat kalau kita join program cam ni. Balik rumah leh le paktikkan apa yang kita belajar

miao sai said...

cuma di sini agen jud! online dengan proses yang sangat cepat :)
ayo segera daftarkan diri anda di agen365 :)
WA : +85587781483