Sunday, June 24, 2018

Memasak secara LIVE bersama Chef Shearson !!!

Asalamualaikum dan Salam Semua


Pada dua minggu yang lepas, aku telah berpeluang melihat demo memasak secara live bersama Chef Shearson di Svago,Suria, KLCC. Rasanya ramai peminat beliau terutamnya yang mengikuti program masakan beliau iaitu ' 5 Rencah  5 Rasa ' . Memandangkan ini kali pertama bersemuka dengan Chef Shearson, terujanya lebih sikit dan Chef Shearson sangat peramah dan cool giler!

Resepi masakan yang dipertontonkan oleh Chef Shearson pada hari tersebut ialah 'Ikan Bakar Masak Lemak Cili Api'. Ewah masakan orang Negeri Sembilan lagilah terujakan kan.HAHAHA. Apa yang best tentang resepi yang dikongsikan oleh beliau ialah resepi yang amat ringkas dan bahan-bahan yang diguna pakai pon mudah untuk didapatkan serta cara penyediaan yang tidak terlalu rumit.




Inilah dia menu Ikan Bakar Masak Lemak Cili Api. Pekatnya uolss mesti sedap!
Sepanjang demo memasak berlangsung, beliau banyak berkongsi pengalaman dan tips dalam masakan dan para blogger banyak bertanyakan soalan dan pandangan. Menurut beliau, minat dalam bidang masakan banyak dipengaruhi oleh ibu beliau sendiri. Sebab tu banyak resepi traditional yang beliau kongsikan dalam rancangan masakan beliau. Walaupun aku tak taw masak, terus rasa nak memasak taw. Eh!Tiberrr


Sepanjang bulan ramadan yang lepas, Suria KLCC telah memperkenalkan beberapa menu masakan daripada Chef Shearson di restoran terpilih yang berada di Suria KLCC. Selepas habisnya demo masakan, kami dibawa ke restoran Chinoz untuk merasai menu khas iaitu NASI DULANG yang merupakan salah satu resipe daripada Chef Shearson sendiri.


Nasi dulang ni portionnya sangat besar dan apa yang ada dalam nasi dulang ni? Ok yang pertamanya mestilah nasi kemudian ada rendang daging kambing, telur puyuh masak sambal bilis, kerabu sayur, Udang masak sambal manis dan paling best ialah sayur kangkung bersalut telur masin. Fuhh! Nasi Dulang ini sangat sesuai dimakan untuk seorang makan  dan pastinya terbaik! Berapa pula harganya? Harga satu set ialah RM 58 . Berbaloi!


So untuk maklumat lanjut korang boleh terjah :

CHINOZ ON THE PARK 
Lot No G47, Ground Floor, Suria KLCC, Kuala Lumpur 

atau layari ke :




No comments: