Wednesday, January 21, 2026

AEON MALL Chinese New Year 2026 - Raikan “Prosperity Blossom” dengan Ganjaran Eksklusif & Aktiviti Meriah di Seluruh Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2026, AEON MALL dengan bangganya mempersembahkan kempen perayaan istimewa bertemakan “Prosperity Blossom”, sebuah kempen yang melambangkan kemakmuran yang berkembang melalui kebersamaan keluarga, komuniti dan kegembiraan di bawah satu bumbung.


Sebagai destinasi gaya hidup dan kekeluargaan sehenti, AEON MALL terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk meraikan musim perayaan dengan penuh makna. Sepanjang kempen AEON MALL Chinese New Year 2026, para pengunjung bakal menikmati pelbagai ganjaran premium, kolaborasi eksklusif dan aktiviti perayaan yang mengujakan di 27 AEON MALL seluruh negara.