Thursday, October 27, 2022

Kilo Shop Bundle Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Timbang

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bila bercakap mengenai pakaian bundle, sudah pasti ramai diantara kita peminat pakaian bundle terutamanya kaum lelaki. Kepada sesiapa yang tak tahu apa itu bundle, bundle adalah pakaian terpakai yang dijual pada harga rendah dan kebanyakan barangan-barangan bundle mempunyai nilai estetiknya sendiri. Faries sendiri juga minat akan pakaian bundle sebab harga lebih rendah berbanding baju baru dan yang penting cantik. Okay berbalik pada Kilo Shop, baru-baru ini Faries telah pergi ke majlis perasmian mereka. Kedai ini terletak di Ecohil Semenyih, Selangor. 

Untuk pengetahuan korang semua, kedai ini diusahakan oleh tiga orang nak muda yang sangat berminat dalam bidang perniagaan. Melalui ucapan pemilik kedai ini sendiri, beliau sangat minat berniaga dan perniagaan bundle yang menjadi pilihan mereka. Ini merupakan cawangan pertama dan didalam perancangan seterusnya, beliau meletakkan target untuk membuka cawangan-cawangan lain di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain disekitar Selangor. Menurut pemilik Kilo Shop ini juga, mereka meletak asas perniagaan bundle ini salah satu inisiatif mereka menjaga alam sekitar dimana mengalakkan orang ramai membeli pakaian terpakai daripada pakaian baru yang pasti memberi kesan buruk pada alam sekitar didalam proses penghasilannya setiap hari.

Konsep Timbang

Ini sangat menarik dimana ini merupakan bundle pertama yang berkonsepkan timbang. Menurut Faries sendiri, konsep seperti ini sangat menarik dimana korang bebas membeli baju dan bayar pada harga timbangan. Setiap jenis baju mempunyai nilai yang berbeza dan korang tak perlu risau. Masih harga rendah dan lagi berbaloi.





Setiap hanger akan diletakkan tag warna. Jadi mudah untuk korang rujuk berapa harga untuk baju yang korang tengok tu

Selain itu, pakaian-pakaian yang diperkenalkan juga sangat cantik dan nampak baru sangat. Jadi, korang memang akan rambang mata kalau masuk kesini. Haritu, Faries sempat grab dua-tiga baju dan yang suprisenya harganya kurang daripada 50 ringgit. Okay nak bagitahu, kedai bundle ini juga sangat special sebab keadaan dalam kedai sendiri sangat cantik dan teratur. Boleh dikatakan korang tak rasa macam pergi bundle. Rasa macam masuk butik pakaian dan sudah pasti korang akan luang lebih masa disini.


Jom korang datang ramai-ramai ke Kilo Shop ini. Serius korang tak menyesal. Selamat bershopping<3

Nak tahu lebih lanjut, korang boleh layari kunjungi social media mereka

Facebook | Instagram

Kilo Shop

A-03-02, 
Pusat Komersial Dataran Ecohill, 
Jln Ecohill 1/2, 43500 Semenyih, Selangor

No comments: