Sunday, October 2, 2022

Kemeriahan Program Bonda Fiesta Vaganza 2022 di Rumah Hutan Terapi Alam

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...


Bonda Fiesta Vaganza 2022 (BFV22) merupakan sebuah Event berprestij besar-besaran yang dianjurkan setiap tahun di Rumah Hutan Terapi Alam. Ini merupakan penganjuran kali yang kedua selepas kali terakhir pada tahun 2019 sebelum pandemik covid 19 melanda. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan dan booth jualan dengan harga paling runtuh bagi menghargai semua follower Bonda Rozita, pengguna produk JRM dan Rumah Hutan.


Setelah 2 tahun, Bonda Fiesta Vaganza pada tahun ini akan diadakan dengan meriah dan pelbagai aktiviti-aktiviti yang pastinya membuatkan anda tidak menyesal untuk datang.

Menariknya, pelbagai promosi pakej, potongan harga diskaun sehingga 50 % untuk pakej penginapan, potongan diskaun untuk pakej urutan, produk-produk JRM, produk De’Ratu termasuk juga booth yang menjual makanan-makanan signature, berkonsepkan kemelayuan, barat dan fusion seperti Warung Bonda, Istana Ratu dan Barista Caf√©.






Terdapat juga berberapa artis jemputan seperti Rita Rudaini, Amir Masdi, Muss, Shiera dan banyak lagi bagi memeriahkan BFV tahun ini. Bukan setakat itu sahaja, pelbagai perkongsian akan diberikan oleh Bonda Rozita seperti talkshow memasak, cabutan bertuah, sukan rakyat dan banyak lagi.

Menurut Bonda Rozita, persiapan program BFV 2022 ini mengambil masa 2 bulan dibantu oleh hampir 300 orang pekerja beliau. Lokasi rumah Hutan Rozita dipilih dimana ianya merupakan tempat beliau mempromosikan perniagaan beliau yang menawarkan penginapan berkonsepkan hutan.

Hari ini BFV masih berlangsung sehingga jam 6 petang. Jom ramai-ramai datang dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barang-barang daripada Bonda Rozita pada harga potongan serta sertai aktiviti-aktivit yang terdapat disini.

Mengenai Bonda Rozita Ibrahim


Siapa yang tak kenal dengan susuk tubuh wanita yang terkenal dengan perniagaan Sendayu Tinggi beliau sejak dari tahun 90an. Bonda Rozita Ibrahim merupakan pengasas produk-produk JRM, produk De’Ratu dan juga rumah Hutan Terapi alam sendiri. Beliau yang kini tampil dengan imej baru dimana beliau kelihatan sangat cantik sejak berjaya menurunkan berat badan beliau.

Bonda ada berkongsi beberapa tips untuk berjaya dimana beliau berkata dimana kalau diikutkan sangat susah untuk sesiapa menganjurkan festival seperti ini di tempat terpencil seperti ini. Sambutan yang diterima sangat mengalakkan daripada orang ramai. Beliau berkata ini merupakan salah satu cabaran untuk beliau dan beliau telah membuktikannya. Bonda juga sangat berterima kasih kepada pekerja-pekerja beliau dimana sekiranya mereka tiada, festival besar seperti ini mustahil untuk dilaksanakan.

Beliau ada juga berkongsi, bagaimana kawasan hutan ini berjaya dibangunkan menjadi tempat yang cantik dan menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja daripada Malaysia tapi seluruh dunia. Daripada tanah seluas 3 ekar kini Rumah Hutan sudah mempunyai pelbagai tempat penginapan yang mewah dan penginapan yang cantik.


Rumah Hutan Terapi Alam
Batang Kali, Selangor

1 comment:

Illya LeYa said...

Suka dengan sikap Bonda Rozita. Boleh dijadikan ikon dengan kewanitaan dan kemelayuaanya, jaga kehormatan, baik, pemurah, sopan je LeYa tengok. InsyaAllah nak berjaya sepertinya dengan tiada iklan-iklan memalukan