Wednesday, October 12, 2022

Gila Gadgets Shah Alam Menawarkan Servis Baiki Handphone and Laptop Termurah dan Terbaik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Bila handphone rosak terutamanya pengguna Iphone mesti dilema nak betulkan dekat mana. Bila cek dengan apple punya servis centre, harga yang ditawarkan kadang-kadang rasa terlalu mahal dan lebih daripada budget yang kita ada. Sampai Faries rasa lebih baik beli handphone baru je kalau macam tu. Nasib baik, baru-baru ini Faries jumpa satu kedai baiki handphone iaitu Gila Gadgets cawangan Shah Alam.

Kedai Gila Gadgets Shah Alam ini terletak berhampiran MSU dan Aeon Shah Alam. Gila Gadgets sangat terkenal dan mempunyai beberapa cawangan lain. Mereka pakai dalam servis baik pulih telefon pintar, gadjet, macbook, laptop dari pelbagai jenama. Sebelum korang nak baiki peranti korang yang rosak, korang mesti nak tahu apa masalah yang peranti korang alami kan. Gila Gadgets membantu anda melakukan pemerikasaan dan pemeriksaan diberikan secara PERCUMA!

Antara servis-servis yang ditawarkan adalah seperti dibawah:

  • Penukaran Bateri
  • Tukar skrin LCD
  • Update Software/Firmware
  • Masalah Motherboard
  • Terkena Air
  • Tempat pengecas
  • Kerosakan Audio atau Microphone
  • Tukar button

Macam masalah Faries sendiri, iphone ini kejap mati dan kejap padam dan kemungkinan mengalami kerosakan motherboard. Sebelum ini ada hantar di beberapa kedai, tak ada satu pun yang berjaya dan akhirnya tak jadi apa-apa. Alhamdullillah, Gila Gadgets hanya memerlukan beberapa jam mengenalpasti masalah dan terus memberikan quotation harga kos membaiki handphone ini. Cepat dan mudah! Paling penting kan, murah sangat.hehehe

Dekat sini mereka menawarkan servis secara berhadapan untuk kerosakan yang tak memerlukan masa yang lama untuk baiki seperti pertukaran bateri, tukar lcd dan lain-lain. Jadi kalau korang was-was, korang boleh lihat sendiri depan mata korang peranti korang dibaiki.


Selain daripada itu, disini juga terdapat pelbagai aksesori telefon seperti casing, headphone, mouse, speaker, tripod, usb cable dan banyak lagi. Sambil-sambil tunggu phone siap diperiksa atau dibaiki, korang boleh la cuci-cuci mata didalam kedai ni. Serius harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan dan cantik-cantik taw. Faries sempat la grab satu dua casing.hehehe




Kalau korang tercari-cari dekat mana nak baiki handphone atau laptop disekitar Shah Alam. Gila Gadgets Cawangan Shah Alam adalah tempatnya! Sangat Recommended!

Nak tahu lebih lanjut mengenai servis dan harga yang ditawarkan, boleh hubungi 

Facebook: https://www.facebook.com/RepairPhoneShahAlam/

Instagram: https://www.instagram.com/gila_gadgets/

Gila Gadgets Shah Alam
22A, Jalan Boling Padang F 13/F, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Phone & Whatsapp : 019-982 0531

Waktu Operasi: 

Dibuka setiap hari
Masa : 10.00am-10.00pm


No comments: