Sunday, March 20, 2022

Buffet Ramadan Review 2022: Double Tree Hilton Kuala Lumpur

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Kali ini, Faries nak bawa korang sendiri merasai menu buffer ramadan di Hotel 5 bintang iaitu di Doubletree By Hilton Kuala Lumpur. Mesti korang tertanya-tanya apa yang istimewanya makanan disini kan. Mestilah banyak menu-menu istimewa ditawarkan disini taw. Jom teruskan membawa.

Untuk pengetahuan semua, Doubletree by Hilton Kuala Lumpur pada tahun 2022 ini memilih tema "Jelajah Selera" untuk seleksi menu buka puasa mereka. Pemilihan tema ini adalah untuk membawa pengunjung untuk menerokai menu-menu masyarakat pelbagai budaya dan kaum. Sajian-sajian yang disajikan merangkumi menu-menu masakan melayu tradisional, masyarakat kaum Cina, masyarakat kaum India dan menu-menu barat. Semua disajikan di bawah satu bumbung.


Antara menu yang utama ditawarkan disini sudah semestilah Kambing Golek Chef Zul, Sup Kawah Meletup, Rendang Peha Kambing, Ayam Perchik, Seafood Bakar-Bakar Chef Kelvin, Baby Crab '65' Chef Sugu, Tandoori Chef Sukvir, Itik dan ayam panggang Chef Soon, Chef Chong's Double Boiled Soup, 8 pilihan ais krim dari Baskin Robbins, Crispy Apam Balik dan Durian Tempura Chef Wing. Ini merupakan antara menu yang menjadi tumputan utama disini kan untuk buffet Ramadan tahun ini.












Pengunjung boleh merasai semua seleksi makanan ini di sepanjang bulan puasa nanti di Doubletree by Hilton Kuala Lumpur bermula 3 April sehingga 3 May 2022 nanti. Buffet ini akan dibuka bermula 6.30 petang sehingga jam 10 malam. Pengunjung boleh membuat tempahan sekarang keana terdapat harga promosi sekiranya membeli voucher sebelum 26 March ini. Potongan sebanyak 25% daripada harga buffet untuk per pax.

Harga Buffet Ramadan : Doubletree by Hilton Kuala Lumpur

Dewasa : RM188 nett
Kanak-kanak (5 sehingga 11 tahun) : RM98 nett
Diskaun 25% pembelian voucher sebelum 26 March 2022



Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan lanjut:



Hubungi talian berikut 03 - 2172 7272

atau emailkan pada KUTDT_FBReservations@hilton.com

Doubletree by Hilton Kuala Lumpur
The Intermark, 348, Jln Tun Razak, 
Kampung Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No comments: