Sunday, March 20, 2022

Buffet Ramadan Review 2022 : Palm Garden Hotel Buffet Berkonsepkan 'Ramadan Kampunglicious'

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...

Bulan ramadan akan tiba tak lama lagi taw, korang semua dah sedia nak berpuasa pada tahun ini? Yang paling penting, dah survey belum tempat-tempat berbuka puasa yang best untuk tahun ini. Nak cerita ni, Baru-baru ini, Faries dan kawan-kawan telah hadir ke acara review buffet ramadan di salah satu hotel terkenal dj Putrajaya iaitu Palm Garden Hotel Putrajaya a Tribute Portfolio. Jom nak cerita apa yang menarik mereka akan sajikan untuk tahun ini...

Untuk pengetahuan semua, tema buffet ramadan di Palm Garden pada tahun ini ialah 'Kampunglicious'. Nak tahu kenapa, mereka ingin korang rasa sendiri juadah-juadah yang ditawarkan sama seperti makanan-makanan dikampung. Kan makanan-makanan kampung ni sedap gilaaa...hehehehehe. Jadi, pengalaman berbuka puasa disini akan memberikan suasana ala-ala kampung cam tu. hehehehe.

Untuk masakan utama disini pilihan rakyat Malaysia ialah kerutup ayam berempah, kambing bakar, satay, kari dan sup dimasak didalam kawah, ayam golek dan banyak lagi gerai-gerai kecil yang menawarkan makanan seperti, roti john, mee goreng dan pelbagai lagi.














Selain daripada itu, mereka menawarkan gulai ikan tongkol dungun, udang masak kam heong, Masakan Kurma yang menarik manakala bufet pencuci mulut menghidangkan pelbagai jenis buah-buahan, kek, Puding Roti dan biskut mentega istimewa, Tapai Pulut, Popiah Madu Goreng, Bubur Manis dan banyak lagi makanan manis. Masakan yang lazat akan membuatkan korang kenyang dan berpuas hati.
Bufet buka puasa ini akan bermula tanggal 4 April hingga 2 Mei 2022 dari jam 6,30 petang hingga 9.30 malam. Terdapat juga pelbagai kemudahan seperti surau disediakan dan tempat letak kenderaan adalah percuma untuk semua tetamu dan pengunjung yang datang menginap atau menikmati juadah di sini.

Ramadan Kampunglicious berharga:

RM128.00nett setiap dewasa dan RM64.00nett setiap kanak-kanak.

Baucar Pembelian Awal tersedia sehingga 31 Mac 2022

RM98.00nett setiap dewasa dan RM49.00nett setiap kanak-kanak


Nak bagitahu, untuk parking disediakan secara percuma serta kemudahan surau turut disediakan untuk para pengunjung. Korang jangan risau pasal benda ini. Korang boleh bawak kawan-kawan, keluarga mahupun orang yang tersayang kesini.hehehehe


Nak tahu lebih lanjut atau sebarang tempahan, boleh layari:



+603 8943 2233 /016 3144101

Palm Garden Hotel, Putrajaya, a Tribute Portfolio Hotel
IOI Resort City
62502 Putrajaya

1 comment:

Sis Lin said...

Perghh kalau dah tema kampung tu, mesti menu dia semua ala masakan Mak-Mak kan.. bestnya lahai.. kot ada ke KL, bolehlah cuba nanti...