Thursday, February 10, 2022

Suplemen Kesihatan Kyoor Membantu Mengekalkan Kesihatan Diri

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Semakin meningkat umur, kesedaran akan penjagaan kesihatan diri semakin bertambah. Sebenarnya masa muda pun patutnya kita dah kena menitik beratkan pasal penjagaan kesihatan diri. Nak tanya, korang pernah tahu tak yang sebenarnya, darah dalam badan kita merupakan benda paling mudah kita kenal pasti masalah kesihatan kita.

Baru-baru ini Faries pergi cuba dan lihat sendiri bagaimana cara kita boleh meningkatkan kesihatan diri dengan mengambil suplemen kesihatan. Korang mesti tertanya-tanya apakah nama suplemen ini kan.. Taraaa....Kyoor is Cure ialah nama suplemen yang Faries maksudkan. Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa nama 'Kyoor', maksud asalnya ialah Cure tetapi diberikan nama yang sedikit unik.


Untuk pengetahuan korang, Suplemen ini mengandungi pelbagai superfood bagi mengekalkan kesihatan badan pada tahap terbaik- gaya hidup dan cara pemakanan diet harian sebenarnya sangat memainkan peranan dalam memastikan tubuh badan yang sihat. Namun tidak dinafikan sebagai manusia kadang-kadang memang kita akan ada sedikit sikap culas, kurang mengambil berat dan tiada kesedaran diri dalam mengekalkan antibodi badan pada tahap yang terbaik. 

Kesannya? Ahah! Pernah atau tidak korang mengalami seperti kerap letih, pening kepala, mudah sangat jatuh sakit (kena hujan terus demam), punyai masalah kebimbangan melampau (anxiety tinggi), isomnia (tidak mendapat kualiti tidur yang terbaik) dan pelupa (muda-mudah dah nyanyuk ahahha, contoh :p).

Bagi yang sudah berpasangan (kahwin), hubungan kelamin menjadi hambar disebabkan libido yang lemah. Ada yang sukar untuk mendapat anak, sakit sendi dan saraf serta mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, gout, kanser , masalah kulit dan sebagainya.

Ya! Kalau korang ada mengalami masalah seperti yang dinyatakan di atas, perlulah atasinya dengan segera.

Jadi kita kenalah Kyoor (read : cure) masalah yang dialami.

Kyoor is Cure

Cara paling mudah adalah dengan mengambil Kyoor.

Apakah itu Kyoor ?
Kyoor adalah gabungan makanan superfood yang kaya dengan Vitamin , Mineral dan Asid Amino yang diperlukan oleh tubuh badan. Diformulasi dengan campuran buah -buahan tropika yang sangat tinggi fitonutrientnya serta di adun bersama Herba Ashwaganda yang merupakan adaptogen sebagai pengimbang hormon serta sangat penting sebagai tonik saraf.

Formulasi ini telah diuji secara klinikal dan terbukti dapat memperbaiki serta membantu menjana kesihatan tubuh badan secara fizikal, intelektual dan emosi.

Antara manfaat utama didalam suplemen kyoor itu sendiri adalah Herba Ashwaganda yang juga dikenal sebagai ginseng India. Di mana ginseng ini telah mula digunakan dalam rawatan ayurveda sejak 300 tahun dahulu terutama dalam merawat masalah mental.

Testimoni pengguna Kyoor

Selain itu, produk Kyoor ini juga membantu meningkatan pelbagai masalah kesihatan seperti:
  • Mengimbangi kesihatan mental & emosi
  • Membantu menguruskan tekanan dan masalah kegelisahan 
  • Membantu menghidupkan / mengaktifkan minda dan tubuh badan
  • Membantu menguatkan sistem imunisasi badan yang lemah.
  • Memberi tenaga tambahan
  • Meningkatkan kekuatan dan menyokong otot yang sihat 
  • Membantu potensi seksual lelaki dan wanita bertambah baik.
  • Membantu menstabilkan darah . 
  • Membantu merawat masalah dalaman wanita dan lelaki.
  • Merawat pelbagai penyakit akute dan kronik seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, Anemia, Insomnia, Kanser, Gout / Arthritis sendi, Athma / Lelah / Sempu dan Gastrik

Menurut Datin Ima Zara, penyelidikan telah dilakukan lebih kurang 2 tahun untuk mendapatkan formulasi terbaik dalam menggabungkan bahan botani seperti tumbuhan dan buahan. Pengambilan sangat mudah hanya ambil satu sachet setiap hari. Apa yang lebih menarik dalam tempoh 30 minit selepas pengambilan kita akan dapat lihat perubahannya.

Tambah beliau lagi, zaman sekarang kita terlalu terdedah dengan makanan segera (fast food), penggunaan kosmetik yang mempunyai merkuri, sibuk bekerja yang menyebabkan masalah gastrik, stress disebabkan keadaan ekonomi dan pelbagai lagi. Jadinya emosi dan fizikal memang dalam keadaan sangat lemah. Jadi jika berterusan ianya boleh memberi kesan kepada diri sendiri.

Cara paling mudah jika hendak tahu tahap kesihatan diri, kita boleh buat pemeriksaan morfologi darah bagi mengesan masalah yang ada didalam tubuh melalui bentuk dan saiz (abnorml) sel darah yang hadir dalam plasma darah.

Tahukah anda berapa lama jangka hayat setiap sel darah merah?

Ya! 100-120 hari sahaja sejak ia dihasilkan dari tulang sum sum kita. Dalam jangka hayat 3-4 bulan itulah setiap sel darah merah itu berulang ulang melakukan tugasnya. Melalui kapilari kapilari darah menyampaikan oksigen dan mengangkut karbon dioksida untuk dibawa keluar oleh paru paru.

Secara fitrah (luaran) memang saya kelihatan seperti seorang yang sangat aktif tetapi saya sendiri sememangnya sudah tahu tentang keadaan diri saya sebenarnya. Bagi menyakinkan sangkaan saya itu betul saya telah melakukan ujian morfologi darah yang telah dilakukan oleh therapist yang bertauliah.

Jika dilihat ianya banyak pengumpulan sel darah merah. Antara penyebab plasma darah saya kelihatan seperti ini kerana :-
  • Tahap oksigen mula tidak cukup dalam sel darah
  • Kurang minum air
  • Keletihan (yup! saya memang kerap letih sebenarnya)
  • Energi cepat hilang
  • Darah itu terkumpul disebabkan terlebih mengambil kelainan protein.
*Darah yang sihat tidak akan terkumpul dan membentuk bulat yang sangat cantik.

Melakukan Ujian Darah


Alhamdulillah dapat merasai sendiri ujian darah yang ditawarkan. Secara keseluruhannya, darah Faries cantik la seketul-ketul tetapi ada beberapa yang tak berapa ok. Kena detox dulu dan amalkan produk kyoor dulu dan baru boleh lihat hasilnya.

Nampak kan seketul-seketul darah tu.


Dekat sini dah nampak tak ok. Mungkin banyak makan seafood.

Produk Kyoor ini memang telah mendapat pensijilan halal dari Jakim begitu juga telahpun pengiktirafan oleh KKM. Seperti yang telah saya jelakan ianya pemakanan tambahan superfood dengan gabungan pelbagai buah-buahan tropika dan bersama Herba Ashwagandha yang mempunyai banyak, Amino asid, Folate B9, Vitamin B12 dan Zat besi. Semua nutrisi ini menjadi pembentuk darah agar penggantian darah selepas 3-4bulan dapat dihasilkan cantik dan sempurna serta cukup oksigen.

Untuk pertanyaan lanjut atau pembelian, korang boleh layari atau hubungi:

No comments: