Wednesday, December 30, 2020

KL Bird Park Menawarkan Harga Promosi Weekday Supersave Tahun 2020

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hujung-hujung tahun ini korang buat apa jer? Selalunya kita semua akan menghabiskan masa bercuti bersama orang tersayang. Meskipun tahun ini sedikit berbeza disebabkan pandemic Covid 19. Kita masih boleh bercuti tetapi harus mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Baru-baru ini, Faries dan kawan-kawan telah pergi ke KL Bird Park atau dikenali sebagai Taman Burung. Ini merupakan kali pertama Faries kesini dan boleh dikatakan Faries dapat lihat pelbagai spesis burung dan best lahhhh..

KL Bird Park atau dikenali sebagai Taman Burung Kuala Lumpur berukuran 20.9 ekar . Ia terletak berhampiran dengan Tasik Perdana, Kuala Lumpur, Malaysia. Disini terdapat lebih kurang 3,000 ekor burung dari berbagai spesis berterbangan bebas di dalam suasana taman hampir semula jadi.Terdapat burung Enggang, bangau, ranggung, nuri, serindit, kuang, kakaktua, punai, merpati, ruak-ruak dan langling, itik-itik dan flamingo serta pelbagai spesies burung yang berasal dari Malaysia dan negara seperti Australia, New Guinea, Thailand, Indonesia, Tanzania, China dan Belanda mendiami taman burung ini. 

Faries memang excited tengok pelbagai spesis burung ni sebab semuanya cantik-cantik.  Korang boleh tengok apa yang KL BirdPark tawarkan untuk korang semua bawa keluarga tersayang kesini.

Berita Baik!

KL Bird Park menawarkan promosi 

Weekday Supersave!

50% Discount 

*Bermula dari 14 Dec sehingga 31 Dec 2020


KL Bird Park terbahagi kepada empat kawasan, Zon 1 hingga 4. Besar bukan? Kalau nak habiskan kesemua zon ini memakan masa hampir 3 jam taw. Nasib Faries sempat lawati kesemua tempat dan ambil masa lebih dari 3 jam taw.hehehe


Zon 1: Pintu masuk utama membawa pengunjung masuk ke dalam kandang berjalan masuk di Zon 1. Zon ini merangkumi Love Aviary (Indian Ring-necked Parakeets, Budgerigars, Sun Conures and Cockatiels), Brahminy Land (Brahminy Kites), Flamingo Pond ( Flamingoes Greater, American, Chile, and Lesser, Pelicans), Bulbul Land (Bulbuls, Asian Fairy Bluebird, Silver Pheasant, and the Golden-breasted Starling), Merak dan Peahens berkeliaran di kawasan bebas. 


Waktu makan: Burung Terbang Percuma: 10:30 pagi. Helang: 2:30 petang

Zon 2: Burung Baya, Merpati Nicobar, burung unta dan ibis Scarlet.

Zon 3: Rhinoceros Hornbill, Oriental Pied Hornbill, Hill Myna, Formosan Blue Magpie, Purple Swamphen. Hornbill Restaurant & Gift Shop di taman terletak di kawasan ini. 


Waktu makan: Hornbill: 11:30 pagi

Zon 4: Zon ini mempunyai kandang burung beo berjalan dengan 20 spesies burung beo yang berbeza seperti Macaws, Cockatoos, Lories dan Parakeets. Ia juga mempamerkan pameran Flightless Birds dengan Emu, Greater Rhea, Lesser Rhea, Ostrich, dan Southern Cassowary.Galeri Burung, Stesen Pendidikan dan Sekolah Burung yang berhawa dingin mengajar pengunjung lebih banyak mengenai kehidupan burung. The Education Station mempunyai inkubator telur di mana pengunjung dapat melihat anak ayam dan anak itik menetas. Juga di zon ini terdapat Oriental Bird Aviary, yang mempunyai sekitar 50 spesies burung oriental seperti Toucans dan Starlings. Kemuncak zon ini adalah Waterfall Aviary di mana Bima Sakti tinggal di kandang jaring yang mempunyai air terjun setinggi 30 kaki. 

Selain itu, terdapat pertunjukan burung di Bird Arena Spectacular setiap hari pada  jam 12:30 pm dan 3.30pm. 


Hornbill Restaurant & Cafe


Selain daripada itu, KL BirdPark juga ada sebuah restoran yang dikenali sebagai HornBill Restaurant yang terletak di luar berdekatan tempat parking kereta. Kalau korang lapar-lapar boleh singgah terus kesini ataupun korang tak nak masuk ke taman burung dan terus kesini pun boleh.Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 8 malam


Makanan dekat sini ada pelbagai daripada makanan Melayu hingga ke makanan barat taw. Faries paling suka dengan Kuew Teow goreng dan juga pisang goreng dia. Sedap betul! Harga pun berpatutan dan berbaloi dengan saiz hidangan dan kesedapan makanan itu sendiri.





Apa tunggu lagi? Jom bawa keluarga, kawan-kawan, anak-anak serta orang tersayang kesini. Jangan lepaskan peluang ini. Bercuti sambil mengamalkan SOP.


Staff akan meronda dan memperingati semua pengunjung akan penjarakan sosial sepanjang berada di KL BirdPark.

Nak tahu lebih lanjut, boleh terus ke https://www.klbirdpark.com/


 KL Bird Park,
 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 
50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi- Setiap hari (9 pagi- 6 ptg)