Monday, February 3, 2020

Nak Ubah Hidup (NUH 2020) Membuka Tirai Dengan Kehadiran 13 Ribu Peserta Berserta Tetamu Istimewa!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Program motivasi terhangat oleh pakar motivasi dalam bidang perniagaan tak lain tak bukan Azizan Osman kembali lagi pada tahun 2020 iaitu Nak Ubah Hidup 2020. Buat pembaca setia blog Faries pasti ada terbaca posting-posting sebelum ini mengenai NUH ini. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali ke 3 Faries menyertai program NUH ini. Korang mesti tertanya-tanya apa yang menarik dan ilmu-ilmu yang Faries dapat sepanjang disana?Kalau nak tahu,  korang wajib baca sampai habis taw....

Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turutbagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjayadan menguntungkan. Sepanjang 12 tahun (2008 – 2020) Richworks beserta pasukan menganjurkan program dengan tujuan yang sama, merea dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.




Tetamu Istimewa Kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia


Sepanjang 3 hari program NUH 2020 berlangsung, tiba-tiba ada kejutan dimanna program ini menerima kunjungan khas (surprise visit) daripada YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Program Nak Ubah Hidup di Setia City Convention Centre. Dalam perjalanan beliau ke kunjungan rumah terbuka Tahun Baru Cina, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimaklumkan bahawa terdapat satu perhimpunan usahawan Melayu seramai lebih 11 ribu penyertaan yang dianjurkan oleh RichWorks International

Testimoni Kejayaan Sepanjang 2019 dibawah Richworks



Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu,beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!

Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini 
juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini


Richworks

Faries nak selitkan serba sedikit mengenai RichWorks International dimana syarikat ini adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.

Serius tak rugi sepanjang 3 hari berada di program NUH 2020. Semangat semakin berkobar-kobar.Korang doakan kejayaan Faries dan Faries dah mula untuk mengambil langkah terbaik memulakan perjalan diri bagi tahun 2020 ini. Korang jangan lepaskan peluang untuk sertai NUH 2020 akan datang.huhuhu


Koleksi buku daripada Azizan Osman terbaru khas untuk NUH 2020


Bubye NUH 2020. Jumpa Lagi

Nak tahu lebih lanjut, boleh layari terus ke www.NakUbahHidup2020.com



1 comment:

monyet said...


AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)