Sunday, May 19, 2019

Ramadhan Buffet 2019: Berbuka Puasa Memikat Selera Di Halaman@Intekma Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dalam sedar tak sedar sudah hampir tiba dipertengahan kita semua menjalani ibadah puasa bagi tahun 2019 ini. Macam mana perjalanan puasa korang semua setakat ini? Okey ke? Berapa tempat buffet ramadhan dah korang serbu? hehehe. Faries nak kongsi lagi tempat berbuka puasa menarik yang terletam di Halaman @ Intekma Shah Alam. Nak tahu tak apa yang menarik? Jom teruskan membaca......

Rasanya ramai yang familiar dengan Intekma Resort ini terletak berdekatan UITM Shah Alam. Ini pertama kali Faries ke sini taw. Tempatnya cantik, selesa dan nampak view masjid Shah Alam daripada sini taw.


Bercerita tentang menu-menu buffet ramadhan yang disini seperti biasa makanan yang ditawarkan semuanya boleh dikatakan memikat selera. Makanan kampung seperti itik masuk gulai, daging masak sumur, ulam-ulaman, kambing golek dan banyak lagi. Paling fav ialah itik gulai tu. Perghh sedap...












Bab harga korang jangan risau sebab memang murah dan Faries rasa berbaloi sangat. Korang boleh ajak sekeluarga kesini buat sesiapa yang tinggal berdekatan kawasan Shah Alam tu. Harga korang boleh rujuk dibawah yer. hehehe



Terima Kasih Halaman Shah Alam!!!!

Nak tahu lebih lanjut, boleh layari


011-3215 5555

Halaman @ Intekma
Ground Floor Block 1, 
Intekma Resort & Convention Centre, 
Persiaran Raja Muda, Section 7, 
40000 Shah Alam, Selangor

1 comment:

miao sai said...


agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
WA : +85587781483