Saturday, April 20, 2019

Konsert Tour Jason Mraz di Kuala Lumpur pada Mei 2019!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Masih ingat dengan lagu popular satu masa dulu iaitu 'I'm yours, Lucky dan juga I wont giveup' yang dinyanyikan olah Jason Mraz. Lagu ini antara favourite dan yang paling penting hafal lirik taw. Eh ada berita baik nak kongsi dengan korang dimana Jason Mraz akan datang ke Malaysia untuk  Konsert Tour Beliau tidak lama lagi. Nak tahu bila? Jom teruskan membaca....


Untuk pengetahuan semua, Jason Mraz mula terkenal pada sekitar tahun 2002 dengan album pertamnya " Waiting My Rocket To Come" dan sehingga kini Jason Mraz mempunyai ramai peminat daripada seluruh dunia dengan membawakan muzik unik beliau itu.

Jason Mraz juga pernah memenangi anugerah Grammy sebanyak 2 kali daripada lagu "I'm yours dan I wont give up". Hebat bukan? Selain itu, beliau juga pernah dinobatkan sebagai penulis lagu terbaik daripada Hall of Fame David Award. Beliau juga pernah melakukan Konsert Tour di Malaysia pada tahun 2019.


Pada tahun ini Jason Mraz kembali ke Malaysia bagi konsert tour beliau iaitu "The Good Vibes Tour By Jason Mraz" Konsert tour Jason Mraz telah bermula dari United State dan sekarang terus ke Asia dimana beliau akan membuat persembahan di Manila, Singapore, Shanghai, Hongkong Bangkok dan Taipei pada bulan Mei 2019 ini


Semua Orang Bersedia Untuk Konsert Tour Jason Mraz?

Tarikh : 13 May (Isnin)
Waktu : 8:30pm
Lokasi : Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Harga Tiket:

Bermula daripada RM198, RM298, RM398, RM498, RM598 and RM698 (VIP)

Untuk tempahan tiket dan juga maklumat lanjut, boleh terus layari ke


Nikmati 15% Diskaun harga tiket!

Korang boleh nikmati 15% untuk semua tiket. Sila guna kod

"JMACO2019"

Sah sehingga 5 Mei Sahaja taw. Cepat!!!!

 Nak Menang Tiket Jason Mraz Good Vibes Tour in Kuala Lumpur?


Jom sertai pertandingan snap photo "Love Is Still The Answer" untuk peluang memenangi sepasang tiket VIP yang berharga RM 698 untuk satu tiket. Wow!!!

Caranya mudah sahaja, korang cuma perlu muat naik gambar apa yang anda maksudkan dengan CINTA di dalam sosial media anda dan jangan lupa untuk hashtag#LoveIsStillTheAnswerPhotoContest # JasonMrazLiveInMalaysia

Cepat sebab cuma ada 12 pasang tiket untuk dimenangi.

Konsert Tour oleh Jason Mraz ini dibawakan oleh Great Eastern Life Malaysia dengan kerjasama Aco Media Sdn Bhd dan The Rock Promotions

19 comments:

budakbandunglaici said...

OMG Jason Mraz datang kl? excitednya nak pergi konsert dia.. nasib baik dekat dengan rumah.. kena layan balik lagu-lagu hit si Jason nie. tak sabar nie

Hunny Kitty said...

ada member ajak pergi sebab dia ada extra tix..tapi masa tak mengizinkan ai nak ikut dia lak...

Zharif Azis said...

wahhhh ! nak pergi jugak konsert Jason Mraz. Mesti best nie kalau dpat join. Lagu2 dia pon best2. sedap2 pulak tu. bawak aku tau nanti

mama tisya said...

suka lagu I'm yours tu.. Peminat Jason Mraz sure tk sbr nk pegi konsertnya bln mei nanti kan.. TQ sharing info

Mimie said...

Ala nak cakap macam mana agaknya pasal Marz ni. Percaya tak kalau akak cakap akak tak kenal pun artis ni dan lagu lagu dia. Memang tak pernah ambil tahu pun. Hahaha.. kadang lagu best akak tak kenal pun siapa penyanyi. Teruk kan..

Mahamahu said...

Awas kita tak nak konsert lain kita nak dengar konsert awak nyanyi jer kita tahu awak boleh menyanyi hehehehe.. Kita tak berapa minat sangat Jason Miraz ni heheheh tapi boleh layan lah lagunya...

Aerill Hassan said...

suka dgn lagu I'm yours. dah lama tk dengar khabar dia, tup2 ada konsert pulak. teringin nak pgi konsert dia, tapi harga mcm mahal haha apa2 pun nice sharing :)

AyuArjuna BiGoshh said...

Bestnya kalau dapat pg tgk konsert dia. Lagu2 dia banyak juga yg hits. Kalau anak muda mmg excited la.. ni kena habaq ngan anak buah mana tahu ada antara mereka yg berminat

Emi said...

Dia buaat time bulan puasa. Leceh jugak sebab kena fikir nak rushing berbuka, solat..Tapi biasanya walaupun buat time bulan puasa, ramai je nanti yg datang ni. Almaklum, peminat dia ramai je kat malaysia. Faries pergi ke?

mrsliez said...

Minat jugak dkt Jasom Mraz ni.. sbb lagu2 dia kena dgn jiwa.. jiwang-jiwang gitu. Tapi bila buat time bulan puasa mmg xdpt nak join sbb tuntuan masa dgn keluarga lebih dr bulan lain.. harap.nnt dpt la peluang tgk konsert dia lagi bila dia dtg kl lagi..

Nina Mirza said...

Alahai.... Awat bulan Mei konsertnya! Huwaaaaaa.... Nangis kita. Nak pi tengok tapi macam masa tak mengizinkan. Kita suka lagu lagu dia. Best jiwang jiwang gitu.

Mek Onie said...

Lamanya tak tengok Jason Mraz ni kan.. Moga konsert Jason Mrax bakal mendapat sambutan yang hangat oleh warga Malaysia. tiket dia tu phewwww gak, hehe... Tapi kalau dah minat apa salahnya kan,hehe

Lia Hasty said...

Jason mraz salah satu my fav international artis gak. Semua lagu memang favorite dah memang suka sangat. Bestnya kalau dapat pergi tengok konsert dia.

Tekkaus said...

Jason Mraz fans must be screaming in delight right now. :) I wish I could see him in person during his performance.

Rawlins GLAM said...

Nak pergi ke tak? Nak pergi ke tak? Huhu. Tekanan tau sebab memang minat tapi sebab puasa dah start so berpikir banyak kali nie.

Eh. Faries belanja la!

Tengkubutang said...

TB minat sangat lagu IM yours tu.. dan TB tahu nama penyanyi je.. wajah penyanyinya TB tak pernah tengok.. hahaha.. video clip pun tak pernanh tengok.. bila baca entri ni baru tahu macam mana rupa penyanyinya.. walauapapun TB suka lagu-lagu dia.. banyak dengar dari ringtone aje.. percaya tak? hahah.. suara dia best

saidila said...

tahu lagu im yours jer sebab itu yang paling popular kot pernah dengar , oh lagi satu lagu have it all kalau tak silaplah.....lagu dia semua ok ringan dan catchy jugak

Sunshine Kelly said...

Ahhh dah lama tak pergi tengok konsert, I pun suka JM tapi that time i need to go outstation so not able to make it.

HALIMAH BINTI MUHIDEN said...

Jarang tengok konsert, best jugak kalau dpt pegi kak pun dapat email tp malaslah nak pegi sebab bln puasa, kalau tak ok jer...