Sunday, October 7, 2018

Penjenamaan Semula Wangian FLEUR Kepada | FLERR | Serta Perkenalan Le'Clipse!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Wangian yang korang selalu gunakan di kereta korang jenama apa  eak dan jenis bau yang macam mana? Rasanya ada antara korang yang dah biasa atau dah gunakan pun wangian jenama FLEUR sebelum ini. Semalam merupakan hari yang ditunggu dimana jenama wangian ini telah dijenamakan semula dengan nama baru iaitu 'FLERR'. Aku merupakan salah satu pengguna jenama FLERR ini dan serius aku berpuas hati walaupun pada asalnya aku tidak tahu asal usul jenama ini? Jom kite lihat dulu latar belakang jenama FLERR ini.


Jenama wangian ini pada asal dinamakan sebagai FLEUR dan mula memasuki pasaran pada tahun 2016 lagi. Kini nama sudah ditukar kepada FLERR yang juga merupakan syarikat wangian Malaysia pertama. Bermula dengan 5 wangian dan kini FLERR sudah menghasilkan 22 jenis aroma wangian. Setakat 3 tahun beroperasi, hampir 3.1 juta unit wangian FLERR sudah terjual dipasaran. Kini, wangian FLERR sudah diimport ke Singapura, Brunei, Indonesia, Pilipina dan Thailand. Fuh hebat bukan!

Kenapa Wangian FLERR patut menjadi pilihan korang?

*Wangian Standard International Gred A
*Tiada bahan berbahaya seperti Methanol
*Mendapat pengiktirafan daripada IFRA (International Fragrance Assocation)

Eh ini bukan majlis penjenamaan semula jenama FLERR sahaja! FLERR juga melancarkan produk keluaran baru yang diberi nama sebagai

  Le'Clipse



Pengguna produk wangian FLERR sebelum ini hanya ditawarkan satu jenis iaitu yang dipanggil sebagai wangian wooden cap. Dan kini FLERR telah menghasilkan wangian untuk kereta setanding jenama antarabangsa.Terdapat 5 jenis wangian yang ditawarkan. Nak tahu nama dan jenis wangian yang ditawarkan sila lihat gambar dibawah:



Le'Clipse Emerald

Wangian Epal




Le'Clipse Saapphire

Wangian Laut





Le'Clipse Amethyst 

Wangian Lavender





Le'Clipse Citrine

Wangian Limau




Le'Clipse Aurora

Wangian Bunga



Banyak bukan dan pilihan bau wangian yang menarik. Aku memang minat dengan bau wangian bunga Lavender. Produk FLERR yang aku guna sebelum ini jenis wooden cap pun aku pilih  bau Lavender. Sekarang ni aku tengah cuba pakai Le'Clipse ni kat kereta. Dengar cerita boleh tahan hampir 45 hari sehingga ke 60 hari. Jenama terkenal dunia pun tak boleh tahan lebih dari sebulan taw. Kite lihat dulu macam mana dan hampir dua hari aku pakai dikereta aku suka dengan bau Le'Clipse FLERR ni. Serius best!

Untuk pengetahuan korang, apa yang aku rasa tertariknya pewangi FLERR ini ialah mereka tidak meletak produk mereka di kedai-kedai malah mereka menggunakan jualan melalui ejen dan stokis. Nak dapatkan produk FLERR mudah sahaja. Agen dan stokis mereka berada di seluruh Malaysia. Korang hanya perlu cari di carian Goole ataupun layari website FLERR.

Nantikan produk FLERR 'The Freshmaker' Januari 2019 nanti !



FLERR pon masih membuka peluang untuk sesiapa yang ingin menjadi Stokis dan juga Agen! Jangan lepaskan peluang ini kerana Team FLERR akan guide semua stokis dan agen sehingga berjaya' Kata salah seorang founder FLERR, Encik Suhaimi Saiful



Untuk maklumat lanjut, rujuk link dibawah:


 +603 3359 7044
Email: admin@fleur.my


DISA SYNERGY SDN BHD
No 7, 1st, 2nd, 3rd Floor
Lorong Tiara 1A, 
Bandar Baru Klang, 
41150 Klang, Selangor


20 comments:

Illya LeYa said...

Memang pernah pakai jenama Flerr ni dulu. Wangi dan tahan lama. Okay..boleh la try produknya yg terbaru nanti

cre8tone said...

banyak nya choice of bau.. boleh lah pilih yang paling suka... first time heard of Flerr.. looks great..

Ezna Khalili said...

Wangi lah kereta kita nanti ye....macam ala ala ambi pur clip tu kan....tapi yg ni senang sebab leh clip je kat aircond.

Cik Min said...

Wahh teringin la nak try yang lavender tu sebab kak min memang suka kalo bau lavender. Sekarang ni kereta kak min memang pakai je apa-apa jenama janji wangi hahaha

khai artzfar said...

rasanya kite pun pakai brand ni tk ingat dah sbab abang yang belikan yg pasti sumpah wangi gila sampai ketagih lah bau dia tu. memang highly recommend. rasa macam nak jadi agent pulak haha

Lin Liena said...

Wah....wangian kereta..akk memang peminat minyak wangi...kadang2 stress sebab terbeli yang tak wangi...bolehlah cuba jenama ni nanti..

Nadia Johari said...

Ok baru tau pasal jenama ni..tengok komen macam ramai cakap best ke..kene cari juga ni..nak wangikan kereta ni..bau asap je lebih..haahha..

Bhanu said...

Wow. So many choices of scent. Will be trying this. I dont like the smell in my car to be too strong. Hopefully this onewill work for me

adianiez AIDA said...

nama lama tu, mcm aida pernah beli & guna la...
pewangi kereta memang wajib ada dlm kereta aida.
wangian yg light. nyaman bila dihidu.
jgn keras sgt. nanti pening :) ha ha ha ha...

Mahamahu said...

Wangilah hari-hari macam ni hehehe boleh hadiah kat kita satu kita tak tahu wangian ni macam mana lembut ker atau keras ker kerana kita suka yang lembut-lembut macam kita hehehehe awwww...

Hanny Abdullh said...

Dalam kereta memang sis suka letak wangi-wangian ni, suka letak bau fresh..so bila bawak kereta terasa fresh je..hehehe. Sis tak ingat jenama apa yg selalu pakai tapi rasanya main rembat je apa yg ada..hehehe. Nanti boleh le cuba yg ni

AyuArjuna BiGoshh said...

baguslah bila dah penjemaan smeula..nampak lebih esklusif dan lebih menarik..produk loka ni kena selalu suipport bagi membantu usahawan melayu kita heheh

Emi said...

Lepasni kalau naik kereta faries, wangi semerbak la jawabnyaaa. Hehe. Eh by the way, ini produk local la kan?

Zharif Azis said...

laaa baru tahu jenama fleur nie jenama local. nama unik sangat ingatkan jenama antarabangsa. owhhh sekarang dah tukar nama erk ? baguslah senang sikit nak menyebutnya. hihi

Suria Amanda said...

Macam pernah nampak sebelum ni tau..tp tp ingat2 lupa plak..nama dia catchy dn senang ingat..mesti bau pun pun best ni..memang perlukan pewangi kereta sekarang ni..kat pasaran yg satu jenama tu mahal sangat

Dikbee said...

Ok, jujur cakap ni first time dengar jenama Fleur ni. sebelum ni tak pernah nampak pulak tapi macam best je tengok pilihan bauan dia. Boleh la nak cuba nanti. LAgipun kereta dah lama takde pewangi tu.. hehe

Alia Farhan said...

Xpernah lgi try brand flerr ni..dekat2 kedai tak jual ke..sebab mcm xpernah nmpk sebelum2 ni...ke kena beli melalui stokist je

AlongMurni said...

Pasni AM nak tumpang naik kete faries la.. leh bau wangian flerr nie camni.. kalu dah berkenan sgt wangian nie leh la gantung depan kipas.. confirm harum semerbak bilik AM

Syaza Redzuu said...

wangian laut macam best je. Hehe kalau nak hilangkan stress boleh cuba lavender. Terbaik!

Meh follow blog SR:
www.syazaredzuu.com

Shafyqah Azahar said...

baru tau pasal brand ni! btw follow sini :D