Friday, August 17, 2018

Pusat Konvensyen Baru Terbesar di Selatan Lembah Klang Hanya di Bangi Avenue Convention Centre (BACC)

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini aku menghadiri majlis perasmian Bangi Avenue Convention Centre (BACC) di Bangi,Selangor. Apa yang membuatkan aku  teruja dengan pusat kovensyen ini ialah keluasannya dan bukan hanya dewan semata-mata. Selalunya masalah mencari tempat untuk mengadakan majlis secara besar-besaran selalu dihadapi oleh mana-mana penganjur.Maklumlah nak cari tempat yang selesa, luas dan yang paling penting harga yang dikenakan berpatutan sangatlah susah.Kini anda tak perlu risau lagi sebab (BACC) pasti memenuhi keperluan majlis korang.

Majlis perasmian Bangi  Avenue Convention Centre ( BACC) dirasmikan oleh Mr Loo Yung Wai bersama ahli lembaga pengarah yang lain.

Untuk pengetahuan semua,Bangi Avenue Convention Centre merupakan pusat konvensyen terbesar di selatan Lembah Klang yang boleh menempatkan beribu-ribu orang sekali di dalam satu masa.Selain itu, apa yang membezakan BACC dengan pusat konvensyen yang lain ialah BACC terdapat satu Taman Hijau yang sangat cantik sekali kolam ikan dan sangat sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan outdoor ataupun apa-apa majlis yang sesuai untuk konsep ala taman. BACC juga sangat sesuai untuk mengadakan Pameran, Karnival, Konsert, Makan Malam dan banyak lagi.



Inilah die Kolam Air Pancut yang sesuai untuk Outdoor Event

Menurut Encik Loo Yung Wai yang merupakan pengurus besar Avenue Garden Hotel dan BACC, beliau memaklumkan BACC menawarkan pakej harga paling berpatutan serendah RM 58 untuk seorang tetamu bagi semua perkhidmatan seperti PA sistem, Pelamin, Makanan, dan banyak lagi! Fuh murah bukan?



Besarkan Dewan Utama Di BACC ini dan nampak mewah dan sangat selesa. Kemudahan Paparan LED untuk setiap sudut sangat bagus untuk memudahkan tetamu yang duduk jauh dari pentas utama.



Apa istimewanya BACC ini ?

Merupakan Pusat Konvensyen Termahal Di Malaysia yang mempunyai keluasan
Dewan Utama          : 27,000 SQ FT
Kawasan Sekeliling : 88,585 SQ FT


Menawarkan 5 bilik Mesyuarat,  bilik VIP dan 3 Dewan Utama



Boleh memuatkan 2,200 hingga 3,300 di Dewan  Utama



Menawarkan pelbagai pilihan menu termasuk masakan Melayu, Chinese, Western dan banyak lagi



Tempat letak kereta boleh memuatkan 1000 kenderaan



Berdekatan dengan Avenue Garden Hotel untuk tetamu menginap dan Bangi Wonderland 



Tempat Strategik menghubungkan
Kuala Lumpur, Putrajaya, Klia, Lebuhraya Utara Selatan


Secara keseluruhan memang berbaloi untuk anda mengadakan majlis di sini, Dewan utamanya sangat mewah, besar dan sangat sesuai untuk anda mengadakan pelbagai majlis disini.Jadi anda tak perlu risau lagi tentang tempat untuk mengadakan majlis lepas ini sebab BACC kan ada!!

Kiteorang juga dapat dihidangkan makan tengah hari di BACC ini. Lobster mmg terbaik yuolsss! Persembahan live band juga turut  dipersembahkan sambil2 makan tu boleh feeling2 kan =P



Okey dah pikir masak-masak memang aku nak buat wedding kt BACC nanti =P Tapi bukan dengan orang sebelah, itu pinjam jap sbb orang sebelah tu isteri orang .HAHAHA

Untuk maklumat lanjut boleh layari:


3,Pusat Perniagaan Bangi Avenue, 
Persiaran Bangi Avenue, Seksyen 2,
Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, 
Selangor Darul Ehsan

No comments: