Monday, July 23, 2018

Merasai Suasana Klasik Dan Romantik Hanya di D Aura Cafe, Seri Kembangan

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Trend terkini masyarakat kita rata-rata menyambut sesuatu majlis sebagai contoh majlis kelahiran atau pun majlis ulang tahun perkahwinan secara besar-besaran. Jadi aku nak cadangkan satu tempat tempat untuk korang semua mengadakan majlis yang korang inginkan di D Aura Cafe yang terletak di Seri Kembangan.Cafe ini diusahakan oleh Bumiputera sendiri dan patut disokong oleh kita semua. Apa yang istimewanya D Aura Cafe ini? Nak tahu lebih lanjut mengenai restoran ini teruskan membaca ye!





View di dalam D Aura Cafe. Cantik Bukan!

D Aura Cafe ini dimiliki oleh Puan Dina Abu Bakar bersama suami beliau iaitu Encik Salihin. Mereka mempunyai 4 cahaya mata dimana 3 daripadanya adalah puteri dan seorang lagi adalah putera. Cafe ini baru beroperasi selama setahun dan sebelum tertubuhanya cafe ini, pasangan ini telah mempunyai perniagaan SPA yang dinamakan sebagai D Aura Spa yang kini sudah mempunyai 5 cawangan di seluruh Malaysia. Idea penubuhan cafe ini datangnya daripada Encik Salihin sendiri walaupun beliau mempunyai pengalaman lebih dalam bidang elektrik tetap tidak mematahkan semangat beliau untuk menceburkan diri didalam bidang perniagaan.

Majlis yang diadakan kali ini adalah majlis bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri serta sambutan ulang tahun kelahiran Encik Salihin dan juga ulang tahun pertama penubuhan D Aura Cafe. Pelbagai menu disediakan dan menu-menu hari raya juga enak. Liveband juga turut membuat persembahan pada hari tersebut.







Kepada anda yang ingin mengadakan majlis candle light dinner, reunion day, wedding anniversary dan majlis-majlis lain boleh terus menghubungi pengurus restoran. Korang juga boleh menggunakan perkhidmatan live band jika ingin membuat majlis disini. Seterusnya, tawaran pakej bagi Birthday Party RM25 per pax dan minimum 30 pax bersama 10 jenis menu disediakan sekali. Untuk membuat tempahan sila hubungi nombor dibawah:

PnDina:0192700210
En Salihin : 0126421095

Untuk maklumat lanjut mengenai D Aura Cafe adalah seperti tertera dibawah:

Facebook: D Aura Cafe
Instagram : @dauracafe 

D Aura Cafe
C-6-G, Putra Walk, Jalan PP25, 
Taman Pinggiran Putra Sek2, 
Seri Kembangan,
Selangor

1 comment:

Illya LeYa said...

Thanks for best write up...