Wednesday, July 18, 2018

Menikmati Citarasa Makanan Australia (Discover Australia) Hanya Di The Federal Hotel Kuala Lumpur

Asalamualaikum Dan Salam Semua


Kini, The Federal Hotel Kuala Lumpur sedang menawarkan citarasa masakan Australia yang bertemakan 'Discover Australia' bermula dari 13 Julai sehingga 29 Julai 2018 di salah satu restoran milik mereka iaitu The Kontiki Restaurant. Baru-baru ini, aku berpeluang untuk merasai menu-menu masakan daripada Australia yang ditawarkan di Kontiki Restaurant. Citarasa Australia ini telah di anjurkan oleh The Federal Kuala Lumpur dan The Grace Hotel Sydney dengan sokongan daripada kedutaan Australia, AUSTRADE, Tourism Australia, MLA Meat & Livestock dan juga Citibank. Apa yang menarik tentang menu-menu masakan Australia? Kalau nak tahu, teruskan membaca =)


Australia memang terkenal dengan masakan BBQ dan makanan laut segar. Untuk pengetahuan semua, Kontiki Restaurant membawakan masakan terkenal daripada seluruh pelusuk Australia seperti Perth, Darwin, Queensland, Brisbane, Sydney, Canberra, Melbourne, Victoria, Tasmania, Adelaide dan Hobart. Fuh korang boleh bayangkan pelbagai menu yang akan ditawarkan daripada setiap negeri-negeri yang terdapat di Australia di sini. Agak-agak menu apa yang paling terkenal datang daripada negara Australia ? Sudah tentu set BBQ dan makanan laut segar! Antara menu yang menjadi pilihan utama dihidangkan disini ialah
  • Rack Lamb marinated with rosemary and garlic
  • Short beef rib with smokey BBQ Lacquer
  • Rump Steak with devilled onion
  • Chicken kebab with lemongrass
  • Caramelised sea scallopss
  • King prawn with garlic





Ini adalah antara menu- menu utama dan kebanyakan nama menu-menu dalam english, jadi kalau nak translatekan nanti jadi macam pelik. HAHAHA. Eh bukan menu tu je taw bermacam-macam lagi seperti pencuci mulut, buah-buahan segar, pavlova, pelbagai jenis kek, sushi pun ada taw, pasta, pelbagai jenis salad dan banyak lagi.



Secara keseluruhan menu yang ditawarkan sangat berbaloi dengan harga yang tidak terlalu mahal. Kesemua menu-menu terutama makanan laut dan daging yang digunakan ialah jenis premium dan pastinya memberikan kesegegaran yang lebih. Kepada peminat makanan mentah seperti scallops dan macam-macam lagi pon best sebab tak hanyir. Untuk kesemua menu dessert aku puas hati. Terlebih sedap !

Terdapat 2 jenis pakej yang korang boleh pilih dan yang pasti setiap pakej memberikan tawaran harga yang berpatutan dan pasti akan memenuhi selera masakan Australia seperti yang korang idamkan. Ewah =P Antara pakej-pakejnya ialah :

BBQ DINNER SET

Setiap hari Jumaat/ Sabtu / Ahad

6.30pm - 10.30pm

RM 148 nett (Dewasa) RM55 nett (Kanak-Kanak) RM 74 nett (Senior Citizen)

Australia Gourment 3- Course Set Dinner

13 hingga 29 Julai 2018

5pm - 12 malam

RM118 nett (seorang)

Ada lagi tawaran menarik yang ditawarkan oleh FHI :

30% Diskaun bagi pemegang FHI Privilege Club dan pemilik aktif kepada Gracious Reward
25% Diskaun kepada pemilik Citibank Card


Ada lagi tawaran menarik dimana FHI menganjurkan satu pertandingan bersempena dengan musim ' Discover Australia' dimana syarat dan hadiahnya ialah :

DINE AND WIN
3 Hari 2 Malam untuk 2 orang di The Grace Hotel Sdyney dan pelbagai lagi hadiah menarik!

Cabutan bertuah akan dilakukan pada 1 August dan pemenang akan diumumkan pada 2 August di laman Facebook rasmi : TheFederalKL

Dua Chef hebat iaitu Chef Darren Ho dan juga Chef Tang Hou Chin yang merupakan chef-chef yang menyediakan menu-menu Australia yang dibawakan di FHI ini

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila layari:

www.fhihotels.com  @ www.gracehotel.com.au

The Federal Hotel Kuala Lumpur
35, Bukit Bintang Street,
 Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur,
 Federal Territory of Kuala Lumpur


Jadi apa tunggu lagi? Jom merasai masakan selera Australia pada harga berpatutan di The Federal Hotel Kuala Lumpur!



No comments: