Saturday, May 12, 2018

Ramadhan Buffet 2018 :Berbuka Puasa Dengan Selera Malaya Hanya Di The Kuala Lumpur Journal

Asalamualaikum dan Salam Semua

Beberapa minggu lepas, aku telah menghadiri ramadhan buffet review di KL Journal Hotel Kuala Lumpur. Hotel ini betul-betul berdekatan dengan Bukit Bintang taw! Pada tahun ini, The KL Journal membawakan konsep berbuka puasa dengan Selera Malaya. Jadi, mestilah masakan-masakan popular Malaysia akan dihidangkan disini. Nak taw lagi apa yang istimewanya disini, teruskan membaca.

Monday, May 7, 2018

Menikmati BBQ Lamb Terbaik Sambil Menikmati Suasana Hijau di BBQ LAMB KL KEMENSAH

Asalamualaikum dan Salam Semua


Baru- baru ini, aku telah dijemput untuk mempromosikan Ramadhan Preview di BBQ Lamb KL Kemensah. Tempat ini pernah viral di facebook tahun lepas kalau tak silap disebabkan persekitaran hijau yang cantik dan santai serta konsep makan diatas air sungai yang mengalir. Persekitaran di kawasan ini sangat nyaman dan tenang dan amat sesuai bagi mereka yang ingin menikmati makanan sambil menghirup udara segar di kawasan Kemensah ini. Perasaan gembira teramat sangat bila dapat peluang ke sini dan apa yang diperkatakan tentang tempat ini adalah benar belaka! Ewah

Sunday, May 6, 2018

Tiada Lagi Masalah Untuk Wanita Bertudung Kekal Aktif Dengan Adanya Safi Shayla

Asalamualaikum dan Salam Semua 

Masalah rambut bagi wanita terutamanya wanita bertudung memang tidak dapat dipisahkan sejak dari dulu lagi. Golongan wanita sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini berpunca dari pelbagai faktor sebenarnya antaranya kekalutan dan tekanan kerja. Memandangkan aku mempunyai banyak kakak dan tahu serba sedikit dengan masalah rambut yang perempuan sering hadapi.Ewah!Masalah utama wanita bertudung ialah rambut gugur! Sebab tu kalau korang perhatikan yang wanita bertudung jarang sekali melakukan aktiviti lasak atau riadah sebab bimbang nanti peluh menyebabkan rambut mereka rosak