Sunday, March 3, 2019

PKNS Tawar Rumah Selangorku Di Bandar Pintar Cyberjaya Pada Harga Terbaik!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila kita bercakap tentang pembelian rumah, rata-rata akan mengatakan harga rumah pada masa kini terlalu mahal dan tidak selari dengan pendapatan yang diperolehi. Keinginan untuk memiliki rumah ini terus menjadi mimpi terutama kepada golongan muda dimana rata-rata masih belum mempunyai rumah sendiri. Sejak kebelakangan ini, pihak kerajaan telah membawa inisiatif baru dalam menawarkan 'Rumah Mampu Milik'.

Untuk pengetahuan semua, Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama PKNS telah melancar satu lagi projek perumahan mampu milik yang terletak di Bandar Pintar, Selangor Cyber Valley di Cyberjaya yang dinamakan sebagai Rumah Selangorku Pangsapuri Idaman Residensi. Menarik bukan? Rumah mampu bilik di tengah Bandar ICT yang sedang membangun. Faries percaya rata-rata pembaca pasti berminat. Projek ini telah dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor iaitu, YAB Tuan Amirudin Bin Shari.

Friday, March 1, 2019

Sizzling Combos Pilihan Menu Terbaru Di NY Steak Shack

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang sukakan makanan steak ala-ala makanan barat? Untuk pengetahuan semua,steak merupakan salah satu makanan kegemaran Faries. Lagi-lagi kalau dapat yang daging yang betul-betul lembut tu. Baru-baru ini Faries telah pergi ke NY Steak Shack buat kali pertama Subang Parade untuk merasa menu terbaru daripada NY Steak Shack. Korang nak tahu menu apa? Nantikan.....

Thursday, February 28, 2019

Yee Sang Thank You Party dibawakan oleh PWTC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Perayaan Tahun Baru Cina bagi tahun 2019 sudah melabuhkan tirainya. Macam mana perayaan Tahun Baru Cina tahun ini? Meriah bukan walaupun Faries tidak menyambut perayaan ini, kemeriahan itu terasa dengan  adanya perhiasan-perhiasan menarik seperti replika pelbagai jenis tanglung, bunga-bunga musim luruh, banner ucapan “GONG XI FA CAI”, rumah-rumah Cina dan hiasan menggunakan angpau serta percikan bunga api. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum kite menghormati budaya dan adat setiap kaum dan itulah kunci keharmonian Malaysia sehingga kini. Ewah! Berkata-kata pulak kan.