Monday, March 28, 2022

Buffet Ramadan Review 2022: The Venue Shah Alam Menawarkan Pakej Buffet RamadanTerbaik

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Tiap kali tibanya bulan Ramadan, Faries tidak akan melepaskan peluang ke siniuntuk menikmati buffet ramadan disini. Korang mesti tertanya-tanyakan dekat mana kan? Ok tempat tu ialah di The Venue Shah Alam. Korang mesti pernah dengar sebab tempat ini agak terkenal. Apa yang istimewanya konsep buffet ramadan tahun 2022 ini di The Venue? Jom teruskan membaca sampai....Untuk pengetahuan semua, tahun ini konsep yang dibawakan ialah tema "Riang Ria Ramadan" The Venue Shah Alam ingin berkongsi kegembiraan bersama-sama seiring dengan pengumuman fasa endemik untuk negara setelah hampir dua tahun kita semua bergelut dengan pandemik covid 19. Jadi, menu yang ditawarkan kali ini pasti menarik.

The Venue merupakan Event Space yang agak terkenal di Shah Alam yang menawarkan ruang untuk majlis perkahwinan, hari lahir, nikah, tunang, pelancaran  produk, reunion, seminar, majlis graduasi, majlis makan malam dan sebagainya. Jadi tempat ini memang terkenal dan pastinya selesa.

Tahun ini, buat julung-julung kalinya, The Venue akan beroperasi di Plaza Alam Sentral, Tingkat 2, Shah Alam. 

Venue tahun ini di Plaza Sentral Shah Alal, Tingkat 2

Pada kali ini, terdapat 8 jenis gerai yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan, antaranya:
-Nasi Arab Ayam Mandy 
-Kambing Golek
-Aneka Mee Kak Mas
-Shell Out Seafood
-Apam Balik Abang Zam
-Pencuci Mulut & Buah-buahan
-Aneka Jeruk – Jeruk
-Aneka Keropok
-Ulam-ulaman Kampung dan Pelbagai Sambal




Menu utama yang  akan dihidangkan pada setiap hari ialah ayam iaitu 4 jenis masakan ayam antaranya Ayam Kam Heong , Ayam Masala , Ayam Masak Sweet Sour , Ayam Percik, Asam Pedas Ayam , Ayam Madu/BBQ , Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak Cili Padi dan banyak lagi. Selain itu, mereka turut menyediakan masakan berasaskan daging serta seafood dengan citarasa istimewa mengikut hari.








Harga Buffet Ramadan di The Venue Shah Alam:

Promosi Harga Tawaran Awal (Early Bird) 
Dewasa-RM 66 per pax 
Kanak-Kanak- RM 46 per pax (5-12 Tahun)
Group 10 Orang Dewasa- RM 600 satu meja.
Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2021 sahaja. 

Harga Normal 
Dewasa RM 88 per pax
Kanak-Kanak- RM 49 per pax (5-12 tahun)
Group 10 Orang Dewasa- RM 800 satu meja 
PERCUMA untuk kanak-kanak dibawah 4 tahun.

Macam mana harga? Murah bukan, kalau boleh korang cuba dapatkan harga early bird tu sebab memang berbaloi taw. Ada lagi, korang juga boleh dapatkan harga tawaran istimewa untuk kumpulan besar untuk berbuka puasa disini.




Berita baik  untuk semua pelanggan yang berkunjung ke Buffet Ramadhan The Venue berpeluang untuk
memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM20,000.00 tajaan Ariani, Jakel, Empire Classic Furniture dan Tupperware. Menarik bukan? Makan sambil dapat hadiah, mana tahu rezeki raya tahun 2022 ni.hehehe.

Selain itu, The Venue juga akan membuat program infaq kepada rumah rumah kebajikan di sekitar Shah Alam. Pelanggan boleh menginfaq untuk menjamu selera di Bufet Ramadan The Venue. Jika berminat, mereka juga mengumpul dana untuk barang keperluan Hari Raya Aidilfitri untuk rumah anak yatim terpilih tahun ini. Jadi, pelanggan boleh memilih untuk menderma serendah RM 60/orang untuk majlis berbuka puasa, dan RM 50/orang untuk barang keperluan Hari Raya Aidilfitri.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang tempahan, boleh layari terus ke


atau hubungi

018 – 205 1492 (Faridah) | 019 – 8585 825 (Lisz) | 014 – 250 8160 (Bard) | 013 – 247 3767 (Safwan)

The Venue Shah Alam
No 15, Jalan 15/23, Seksyen 15, 
40200 Shah Alam, Selangor

1 comment:

Sis Lin said...

Suka betul tengok suasana tempat dia, macam event hall kawin kan, meriah laa kalau puasa nanti, menu pun banyak pilihan harga takde la mahal nau kann..