Sunday, February 12, 2023

AEON Berkolaborasi Bersama Resorts World Cruise- Kempen Smile of Love

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Nak Menang Naik Cruise | Jom Sertai AEON Smile of Love - AEON CO. (M) BHD atau AEON, rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia telah melancarkan kempen terbarunya, "Smile of Love – Win A Cruise Contest" . Kempen ini telah mendapat kerjasama bersama Resorts World Cruises.

Sepanjang kempen ini pelanggan AEON berpeluang memenangi pelayaran 3D/2N dari Genting Dream, Resorts World Cruises. Ianya berlangsung dari 10 Februari hingga 7 Mei 2023, di mana 8 pemenang bertuah akan diumumkan setiap bulan.

Dari kiri Ong Hsieh Lien, Assistant Vice President, Corporate Communications and Marketing of Resorts World Cruises Nikki Lee, Head of Mall Marketing, AEON. Koh Mei Leng, General Manager - Head of Payment System of AEON Credit Service.

Berita gembira tentang kempen ini telah diumumkan bersama media dan influencer di AEON Alpha Angle di Wangsa Maju. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Naoya Okada, Timbalan Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Operasi AEON Mall. Ong Hsieh Lien, Penolong Naib Presiden, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Resorts World Cruises, dan Koh Mei Leng, Pengurus Besar - Ketua Sistem Pembayaran AEON Credit Service.

Friday, January 20, 2023

FC Barcelona meraikan Tahun Arnab Bersama Peminat Di Malaysia

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

FC Barcelona terus menyemarakkan sambutan Tahun Baru Cina 2023 dengan meraikan Tahun Arnab. Dengan tema permulaan baharu, Barça merayakannya dengan pelbagai hiburan secara langsung serta aktiviti menarik pada hari perlawanan di Spotify Camp Nou. Menurut Presiden dan pemainnya, kerjasama itu melibatkan kolaborasi bersama komuniti berbangsa Cina, pereka fesyen, artis visual dan pemengaruh khas untuk peminat di Malaysia.


Thursday, January 12, 2023

Kedai Baiki Phone Murah Di Seri Kembangan - Gila Gadgets Sri Serdang

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kegunaan phone pada masa kini ibarat nyawa bagi seseorang dimana segala maklumat, kerja, hiburan dan banyak lagi boleh diakses dengan mudah dengan mengunnakan telefon pintar. Ketiadaan phone akibat daripada kerosakan boleh menyebabkan kita sulit untuk berkomunikasi, bekerja dan sebagainya. Benda pertama yang korang akan fikir kalau phone rosak atau tidak berfungsi iaitu kos pembaikian bukan? Faries nak bagitahu semua terutama penduduk di sekitar Seri Kembangan iaitu Gila Gadgets Cawangan Sri Serdang baru sahaja dibuka. Gila gadgetsTerkenal dengan nama kedai baiki phone murah dan berkualiti!