Sunday, December 18, 2022

Selangor Youth Community (SAY) Meraikan Majlis Malam Gala Bersama DYTM Raja Muda Selangor

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-baru ini Faries dijemput untuk menghadiri Majlis Gala Dinner Selangor Youth Community (SAY) pada 15 Disember 2022 bertempat di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya. Majlis ini diadakan bagi meraikan sambutan 5 tahun SAY. Terdapat hampir 380 penaja bagi majlis ini dan terdapat majlis penyampaian anugerah kepada penerima yang dipilih secara teliti oleh komuniti dan DYTM Raja Muda Selangor. Tema malam tersebut ialah “Celebrating Achievements, Shaping Global Champions”. Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.


Wednesday, December 14, 2022

YHB Sleepsalot Bintang Rap Dari Singapura Mencuba Nama Di Malaysia!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bila bercakap tentang penyanyi rapper dari negara seberangmesti korang teringat kumpulan Sleeq, Alyph dan ramai lagi. Kini muncul penyanyi rapper baru dan muda iaitu YHB Sleepsalot yang berasal daripada Singapure. Beliau mencuba nama di industri tempatan dinegara kita dan tampil dengan single terbaru yang berjudul 'Tukar Currency'. Nak tahu lebih lanjut pasal YHB Sleepsalot? Jom baca entri ni sampai habis....

Monday, December 5, 2022

3 Sebab Kenapa Pentingnya Miliki Insuran & Takaful Peribadi -Stable Vision Cooperation Sdn Bhd

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Bila kita bercakap mengenai insuran atau takaful perlindungan diri, kebanyakan rakyat Malaysia masih belum mempunyai perlindungan insuran & takaful atau tidak mengetahui kenapa perlunya perlindungan insuran dan takaful ini. Berbeza dengan rakyat di negara barat, pembelian insurans perubatan dan kesihatan adalah sangat penting dan ianya salah satu usaha menyokong sistem pembiayaan penjagaan kesihatan mereka menjadi lebih berkesan dan teratur. Sebenarnya, Pembelian takaful perubatan dan kesihatan mampu menjadi pelengkap kepada sistem pembiayaan penjagaan kesihatan yang sedia ada.

Baru-baru ini, Faries dan kawan-kawan telah pergi ke salah satu agensi takaful dibawah AIA yang terletak di Klang dan kami diberikan ruang bertanya, berbincang mengenai perlindungan takaful bersama beberapa  ejen hebat di Stable Vision Cooperation.