Thursday, June 9, 2022

Meat Cartel TTDI Sambut Ulangtahun Pertama!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Kalau bercakap mengenai Restoran paling best dalam menawarkan menu berasaskan daging, sudah pasti Meat Cartel salah satunya pilihan. Kalau korang nak tahu, Faries tahu restoran Meat Cartel ini disebabkan Fattah Amin je.hehehe. Ok nak cerita yang baru-baru ini, Faries menghadiri jemputan makan di Meat Cartel TTDI bersempena dengan sambutan ulang tahun mereka yang pertama.

Untuk pengetahuan semua, Meat Cartel TTDI ini sudah beroperasi selama setahun di Taman Tun Dr Ismail ini. Dekorasi didalam restoran memang sangat cantik, kemas dan selesa. Sesuai jika hadir ke sini untuk menikmati hidangan bersama rakan dan keluarga. Begitu juga jika hendak diadakan sebarang acara, lokasinya memang sesuai dan terbaik.

Wednesday, May 11, 2022

I’Dahlia Corner Menawarkan Pakej Rumah Terbuka Raya 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sangatlah dinantikan setelah hampir dua tahun tidak menyambut bersama keluarga tersayang dan sahabat handai, kemeriahannya masih terasa sehingga hari ini. Harini, merupakan hari yang ke 10 hari raya dan masa untuk kita memeriahkan sambutan rumah terbuka. Jadi bagi memeriahkan kedatangan bulan Syawal pada tahun ini, I'dahlia Corner, satu-satunya restoran Melayu berkonsepkan dalam taman di dalam kawasan kejiranan KLCC menyediakan ruang buat syarikat korporat mahupun individu yang ingin mengadakan rumah terbuka, I'dahlia Corner adalah lokasi terbaik. Nak tahu apa yang menarik kalau korang mengadakan rumah terbuka disini?

Tuesday, April 26, 2022

AEON Koleksi Raya 2022- Trend Fesyen Bertemakan 'Raya Penuh Makna'

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Korang semua dah siap segala persiapan raya? Lagi 6 hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah hampir 2 tahun kita semua tidak dapat menyambut hari raya ini. Tahun ini nampak masing-masing sibuk maklumlah semua merindukan suasana hari raya. Dah pikir nak beli baju raya dekat mana? Faries nak cadangkan korang ke Aeon berdekatan dengan rumah korang untuk dapatkan koleksi raya untuk tahun 2022 ini.