Friday, January 21, 2022

SUKE TV Dilancarkan Sebagai Rangkaian Penyiaran Tempatan Baru Bagi Tahun 2022

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.... 

Semenjak teknologi penyiaran Malaysia bertukar daripada analog ke digital pada tahun 2019, kita dapat lihat setiap penduduk di Malaysia, tanpa mengira di mana mereka berada berupaya menonton saluran televisyen kegemaran masing-masing. Kini ada satu lagi rangkaian penyiaran tempatan iaitu SUKE TV akan mewarnai hari-hari anda. Faries pun bukan peminat racangan tv tapi nampak SUKE TV ni macam best.

Saturday, January 15, 2022

Palm Garden Hotel Putrajaya a Tribute Portfolio Menawarkan Sizzling Barbecues Terbaik Pada Setiap Hujung Minggu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hujung minggu merupakan waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan serta orang yang tersayang. Pastikan hujung minggu korang lebih bermakna dengan menikmati makan malam barbecue secara buffet di di Hotel Palm Garden, Putrajaya. Baru-baru ini, Faries dan kawan-kawan merasai sendiri Sizzling Barbecues yang ditawarkan disini.

Wednesday, December 29, 2021

SITI : ARE YOU READY? Dokumentari Perjalanan Konsert 3 Benua Dato Sri Siti Nurhaliza

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Siapa yang tak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza. Industri seni ibarat tempat permainan beliau setelah berkecimpung dalam bidang seni dan merangkul pelbagai kejayaan. Pada tahun 2019, beliau telah muncul dengan konsert 3 buah negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia bertajuk "Siti On Tour" setelah beliau berehat lama setelah melahirkan cahaya mata. Harini, hasil kerjasama Shiraz Project dan Siti Nurhaliza Prodcution makan terhasilah sebuah dokumentari- 'Siti Are You Ready?

Tajuk dokufilem ini juga sangat sinonim dengan kejayaan tiga konsert gergasi beliau pada tahun 2018 lalau. SITI : ARE YOU READY? dimana beliau memulakan bicara pada malam setiap konsert beliau. Ia merupakan sebuah filem dokumentari berdurasi lapan puluh minit yang menampilkan detik di atas dan di belakang pentas, persembahan langsung serta kisah yang tidak dirungkap sepanjang jelajah konsert "Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour" di tiga buah negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia.