Thursday, March 23, 2023

Konsert Jiwa Kacau 2023 Bakal Mengabungkan Band Terkenal Seperti Hujan, Bunkface, Masdo dan Insomniacks!

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Antara lagu yang sering menjadi ikutan semasa remaja dulu antaranya dari kumpulan Bunkface- Revolusi, Hujan- Aku Scandal dan banyak lagi. Tak lupa lagu band yang agak baru yang menjadi trend antaranya dari kumpulan kugiran terbaik iaitu Masdo dengan lagunya 'Dinda'. Faries baru-baru ini telah pergi ke majlis sidang media konsert yang akan menyatukan semua band-band hebat ini didalam satu pentas. Konsert Jiwa Kacau akan menjadi sebutan hangat dan akan berlangsung Jun nanti!


Untuk pengetahuan semua, penganjuran konsert ini dibuat oleh MND Sport & Event Sdn Bhd buat julung kalinya  yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun 2023 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam Selangor. Konsert Jiwa Kacau ini bakal menyatukan kumpulan band senior seperti Bunkface, Hujan, Masdo dan paling baru dalam industri iaitu Insomniacks. 


Menurut Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd, idea penganjuran Konsert Jiwa Kacau terhasil untuk menaikkan lagi imej Industri muzik negara dengan terus mengangkat pemuzik generasi muda yang punya bakat dan kualiti baik yang tidak boleh diabaikan.



Konsert Jiwa Kacau ini sudah pasti akan mendidihkan adrenalin sekali gus membuat jiwa-jiwa kalian kacau pada sebuah konsert yang dibawakan khas oleh MND Sport & Event Sdn Bhd. Masakan tidak kacau, baru mendengar empat nama kugiran ini akan bergabung di atas sebuah panggung pun sudah teruja, bagaimana pula kelak menyaksikan mereka menyampaikan rendisi lagu-lagu yang bukan asing menjadi halwa telinga.

Menyifatkan Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo sebagai kugiran yang tidak pernah dan akan ditelan zaman lewat karya-karya yang dihasilkan, Harith juga percaya Konsert Jiwa Kacau akan membuat peminat mereka 'gila'. 

Band Hujan

Band Insomniacks

Jom lihat lebih lanjut:

Lokasi: Stadium Malawati, Shah Alam Tarikh: 17 Jun 2023 

Harga Tiket: 

General Admission - RM165 
VIP seating - RM255 
CAT 1-235 
CAT 2 - 165 
CAT 3-75 
Meet & Greet Pass - RM488 

Platform pembelian: www.myticket.asia 

Tiket mula dijual:
Jumaat, 24 Mac 2023, 2.30petang

Jom korang ramai-ramai memeriahkan Konsert Jiwa Kacau, empat kugiran terbaik Malaysia dalam satu pentas. Ini adalah sebuah konsert penting dan pasti gila! Bila lagi mahu melihat Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo satu pentas. Hanya ada pada Konsert Jiwa Kacau. Jumpa anda semua di sana!

1 comment:

Illya LeYa said...

Harga tiket pun tak lah mahal sangat. Boleh join sekali ni nanti bulan Jun.