Thursday, October 27, 2022

SWIPE Single Terbaru ALYPH Bersama Penampilan Istimewa Datuk Seri Vida (DSV)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ALYPH penyanyi rap terkenal yang berasal dari negara seberang iaitu Singapura. Korang mesti tahu lagu-lagu beliau antaranya Mimpi duet bersama K-Clique yang pernah meledak antara lagu terbaik arena hip hop Malaysia dengan tontonan 45 juta di youtube. Beliau pada awalnya muncul sebagai anggota kumpulan SleeQ kemudian beliau bertatih sebagai penyanyi rap solo dan malah diberikan kepercayaan untuk menghasilakan lagu-lagu untuk penyanyi ikonik Malaysia dan Singapura antaranya Joe Flizzow, K-Clique, Kaka Azraf, Zizan Razak, De Fam dan Adira. Kalau korang nak tahu, Faries pun salah seorang peminat ALYPH ni, lagu-lagu beliau kebanyakkan semua catchy dan mudah ingat liriknya..

Berbalik kepada single terbaru keluaran beliau, 'SWIPE' merupakan lagu yang menyentuh aspek harga diri dan keyakinan pada era percinta pada masa kini menerusi aplikasi dating. Kalau korang dengar sendiri lirik lagu ni korang mesti rasa jatuh cinta dan akan terngiang -giang di halwa telinga korang. ALYPH sendiri mengakui bukan mudah untuk beliau menghasilkan lagu yang mampu mencetuskan rasa itu. Tapi beliau sendiri berjaya.

Penampilan khas daripada nama besar  didalam industri kini iaitu Datuk Seri Vida (DSV) memberikan nilai tambah untuk single SWIPE ini sendiri. DSV seorang yang sering menjadi liputan dan tidak pernah gagal membuatkan orang ramai serta peminat bercakap mengenainya. Babak penampilan DSV ini sendiri sangat memberi kejutan dan yang pastinya kolaborasi diantara dua individu hebat ini mampu membuat lagu ini sendiri dikenali dan trending.

Bercakap mengenai muzik video SWIPE ini, Faries boleh katakan ianya sangat menarik dan kreatif dan prop berwarna warni digunakan hasil sentuahn pengarah kreatif terkenal dan pejuang kebudayaan Shahrin Bahar yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan artis-artis hip hop yang lain dan ALYPH sendiri memberikan kepercayaan seratus peratus terhadap beliau dan hasilnya sangat memuaskan.


Jom ramai-ramai dengarkan lagu SWIPE disemua platform digital dan pasti tontot muzik videonya di Youtube- Klik Sini

Untuk pengetahuan lanjut, korang boleh layari

Instagram | Facebook | Tiktok | Youtube | Twitter

'ALYPH'

www.defjamsea.com


No comments: