Saturday, March 21, 2020

Pengalaman Menginap 3 Hari 2 Malam di Swiss Garden, Hotel & Residence, Genting Highland..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Cuti sekolah hampir berakhir tatkala kita semua rakyat Malaysia berada didalam perintah kawalan pergerakan disebabkan wabak pendemik Covid-19 ini. Semoga kita semua baik-baik sahaja dan pastikan cuci tangan bersih dan sentiasa membawa hand sanitizer kemana sahaja. Ingatkan sempena dengan cuti sekolah ini nak kongsi tempat penginapan menarik yang Faries telah pergi baru-baru ini iaitu di Swiss Garden, Hotel & Residence, Genting Highland. Tak apa korang boleh pergi nanti bawa anak-anak, kawan-kawan. keluarga selepas keadaan ini reda..

Untuk pengetahuan semua. Swiss Garden, Hotel & Residence, Genting Highland ini terletak di tidak jauh daripada Puncak Genting Highlands yang sibuk dan selain itu hotel berada di lokasi utama tanpa terhalang oleh kesibukan bandar dengan pelbagai kemudahan gaya hidup dan persekitaran yang ideal dengan udara segar dan iklim gunung 19 ° C - 25 ° C . Hotel ini baru sahaja beroperasi tahun lepas dan boleh kata serba lengkap dan baru.






Mereka turut menawarkan hotel dan yang naluri dan bilik-bilik tetamu yang dilengkapi dan direka dengan keselesaan moden di rumah. Tarikan utama terletak di tingkat 41 , mempamerkan Alcove yang indah, kolam renang yang dipanaskan, kolam renang, jakuzi, bilik sauna bersama dengan gym. Ceriakan percutian korang dengan perjalanan membeli-belah ke Genting Highlands Premium Outlets yang terkenal, yang terletak hanya dalam jarak yang tidak jauh. Bagi kemudahan tetamu hotel, perkhidmatan ulang-alik berjadual percuma disediakan.

Jenis kediaman yang faris duduk jenis apartment 2 bilik yang dikenali PREMIER 2-BEDROOM RESIDENCE. Bilik ini boleh menempat 4 orang dalam satu masa kebesaran rumah 783 sq ft to 818 sq ft. Sebenarnya lebih pun tak pe sebab luas kot.hehehe. Kedua2 bilik mempunyai katil bersaiz queen. Terletak di tingkat 30. Memang nice. Suka tengok pemndangan daripada bilik. Walaupun nampak puncak Genting nun jauh disana tapi masih puas hati sebab dekat sini sejuk dan nyaman jer. Tak crowded.hehehe





The Garden Terrace


Merupakan salah satu restoran yang terdapat disini yang terletak di tingkat 5 hotel ini. Pelbagai makanan menarik yang disediakan disini. Sepanjang 3 hari kami disini, semua menu-menu menarik dan tentulah sedap dihidangkan oleh chef berpengalaman daripada Hotel Swiss Garden ini. Jom kita tengok antara menu-menu yang Faries rasa sepanjang berada disini.





Kemudahan Lain

Pelbagai kemudahan disediakan disini antaranya seperti dibawah.






INSTAGRAMMABLE PORT

Buat para pengemar bergambar boleh jadikan Swiss Garden Genting Highland ini tempat gambar paling menarik. Korang boleh bergambar di rooftop level 41 terdapat kolam renang dan banyak port-port menarik terutama berlatarkan Alcove. Di level 5 juga terdapat beberapa tempat menarik dan sesuai untuk bergambar berlatar belakangkan kehijauan. Memang menarik..









Untuk maklumat lanjut, boleh layari 

reservation@shrgh.swissgarden.com
tel:+60392130777


Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands
Windmill Upon Hills, Jalan Permai, 
69000 Genting Highlands, Pahang

3 comments:

IRDINA said...

cantik and menarik!

taipan said...

Promo Yang berlaku Di www.BolaTaipan.info :
HOT PROMO :

- Bonus Deposit New Member 15%
- Bonus Deposit Setiap Hari 10%
- Bonus Cashback Mingguan Sportbook Hingga 15%
- Bonus Refrensi Seumur Hidup 2,5%
- Bonus Rollingan Casino 0.8%
silakan bosku ^_^
Discount 4D : 66.00% , 3D : 59.5% , 2D : 29.5%
Kombinasi = 5%
Shio = 12%
Colok Angka (1A) = 5%
Colok Macau (2A) = 15%
Colok Naga (3A) = 15%
Colok Jitu = 8%
jika ada kendala silahkan hubungi ke live chat kami ya bosku ^^
kami siap membantu bosku 24jam :)
Salam Hoki bosku ^^

Silahkan Di Add langsung sosmed bola taipan ya bosku ^^

WA : +855 81 520 194
LINE : bolataipan
Instagram : @bolataipan99
Twitter : @BolaTaipan
Fanspage : @BolaTaipan

Salam Hoki bosku ^^

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators