Wednesday, August 14, 2019

Lepak Makan Santai Bersama Kawan-kawan Di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...


Steamboat dan Grill sememangnya makanan kegemaran Faries dan kawan-kawan. Boleh katakan dalam sebulan tu mesti sekali kena pergi makan bakar-bakar ni.  Tapi mestilah ada tempat wajib yang menjadi pilihan kami semua. Nak tahu la tu kan, yer nak kongsi beberapa hari lepas Faries dan kawan-kawan pergi makan disalah satu restoran steamboat and grill terbaik di Shah Alam iaitu D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet. Nak tahu apa istimewanya steamboat dekat sini? Korang kena baca sampai habis taw...


Untuk pengetahuan semua, D'kayangan Steamboat ini terletak di seksyen 13 berdekatan dengan Stadium Shah Alam. Apa yang bestnya dekat sini, pelbagai pilihan bahan-bahan yang seperti udang, kerang, ayam, ketam dan banyak lagi. Dan paling menarik semua pilihan grill mempunyai marinate yang berbeza seperti ayam black paper, ayam kunyit dan banyak lagi. Pelbagai pilihan sayur-sayur sehingga ke menu seperti nasi goreng, spaggeti, nasi lemak dan pelbagai lagi. Yang paling best semua bahan-bahan ini direfill, so korang boleh la makan sampai lebam.heheheh

Jom nak belanje sikit apa yang ada dekat sini: Boleh tengok gambar kat bawah.










Harga!!
  
Dewasa RM 29.90 net
Kanak-kanak RM 12.50 net
*Kanak-Kanak bawah 4 tahun makan
PERCUMA


Sambut hari lahir kengkawan sekali!Syiokkk
Murah tak? Pendapat Faries betul-betul berpatutan dan sangat sesuai dengan apa yang mereka tawarkan. Kalau bawak the satu keluarga makan-makan pun best. Kat sini juga boleh juga kalau korang nak adakan sambutan hari jadi ke. Korang boleh hubungi dan tempah awal-awal taw


Terima Kasih D'Kayangan Steamboat and Grill

Nak tahu lebih lanjut atau sebarang tempahan, sila layari atau hubungi
Phone : 012-2971091 | 017-6274015
Waktu Beroperasi : Isnin - Jumaat  dari jam 5 petang hingga 11.30 malam
Sabtu, Ahad & Cuti umum 3 petang hingga 11.45 malam

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat
MR 1.01.03, Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, Shah Alam,
Selangor 40100
(Berhampiran Gaint & Stadium Melawati Shah Alam)

1 comment:

Illya LeYa said...

Harga yang ditawarkan betul-betul murah...
Makanan pun banyak dan sedap-sedap..
Nyum3x...