Sunday, May 5, 2019

Jakel Memperkenalkan Koleksi Raya Bagi Tahun 2019 Serta Melancarkan Platform Online Jakelstore.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Lebih kurang 1 hari lagi, bulan Ramadhan Al-Mubarak akan membuka tirainya. Bulan paling dinantikan oleh seluruh umat islam diseluruh dunia. Persiapan raya pun mestilah makin rancak kan. Tutup bukak mata kejap je dah sebulan. Korang dah bersedia untuk sambutan Hari Raya bagi tahun 2019 ini? Baru-baru ini, Faries telah menghadiri majlis memperkenalkan koleksi Raya Jakel 2019 serta majlis pelancaran Jakel online platform. Mesti korang dah tertanya-tanya fesyen apa yang menarik akan Jakel bawakan pada tahun ini. Ha kenelah baca sampai habis....


Jakel pada tahun ini membawakan tema 'Sederhana dan Meriah Menceriakan Merka Yang Berkurangan'. Maksudnya beraya sambil berserhanalah tapi dengan fesyen yang dibawakan Jakel korang semua tak perlu risau sebab pastinya cantik dan meletop macam biasa.

Koleksi Raya Jakel Bersama Duta-Duta Raya


Seperti kebiasaan Jakel akan memperkenalkan koleksi daripada duta-duta raya seperti Nabil Ahmad, Aaron Aziz, Hairul Azreen,Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar, Ayda Jebat, Upin-Ipin, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana serta penampilan baru Abam Bocey. Kebanyakan duta-duta raya sudah bersama Jakel hampir bertahun-tahun mempromosikan baju raya keluaran Jakel. Penampilan Abam Bocey pada tahun ini memberikan nafas baru kepada orang ramai yang memiliki badan bersaiz besar tanpa perlu membuat tempahan kerana dijakel semuanya disediakan secara 'Ready made'.

Untuk pengetahuan semua, koleksi tahun ini ada kelainan sikit dimana Jakel telah melakukan beberapa perubahan pada koleksi baju seperti mengadakan Zip pada lengan untuk memudahkan untuk bersolat serta untuk wanita mencuci pingan mangkuk kan,hehehe. Kualiti kain juga ditingkatkan serta hiasan serta manik, labuci diperbanyakkan. hehehe

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz
Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad
Koleksi Baju Raya Abam Bocey
Koleksi Baju Raya Keluarga Awal Ashaari, Scha Alyahya & Lara Alana
Koleksi Baju Raya Keluarga Hairul Azreen, Hanis Zalikha & Yusuf Iskandar
Koleksi Baju Raya Upin Ipin
Koleksi Baju Raya Ayda Jebat







Online Platform

Buat julung-julang kalinya Jakel melancarkan jualan secara online bagi memudahkan para pelanggan setia yang tinggal jauh daripada lokasi cawangan-cawangan Jakel di seluruh Malaysia. Kewujudan jualan diatas talian ini juga datang daripada orang ramai yang ingin memiliki koleksi baju-baju daripada Jakel sendiri. Yang paling syiok ialah penghantaran bukan hanya di Malaysia sahaja tetapi untuk pembeli di luar negara seperti Singapura, Brunei, Indonesia serta akan datang Jakel akan memperluaskan lagi ke seluruh dunia.




Korang mesti tertanya-tanya kalau dalam platform online ada ke jualan murah atau happy hour seperti jualan Jakel di kedai-kedai fizikal seperti yang dibuat seperti tahun-tahun lalu. Jangan risau, menurut CEO Jakel, Datuk Hj Mohamed Faroz jualan promosi "happy hour" akan ada di JakelStore. Tungguuuuu!!!!

Nak layari online store jakel? Klik link dibawah:


Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Jakel seperti tahun-tahun sebelumnya tidak pernah lupa untuk memberikan sumbangan kepada golongan-golongan asnaf. Kali ini Jakel memberikan sumbangan kepada golongan asnaf daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan,


Sumbangan ini merupakan pemberian duit raya beserta baju raya kepada golongan asnaf ini bagi memudahkan serta melengkap keperluan mereka pada hari raya nanti.

Tak sabar rasanya nak shopping dengan Jakel sebab mood shopping selalunya datang pada pertengahan puasa ye dak? Sekarang kita tengok-tengok dulu baju-baju daripada duta Jakel memang cantik. Faries paling suke koleksi daripada Awal Ashaari lah kan. Slimfit gituhh! Tak pe kite tunggu promosi daripada Jakel ye.


Korang Semua Dah Ready Nak Beraya Bersama Jakel Tahun ini? 
"Ingat Raya Ingat Jakel"

Nak tahu lebih lanjut, boleh layari

2 comments:

Jueliza Jamani said...

tak sabar nak shopping dekat Jakel Mall. tengok baju2 up to date lah.

miao sai said...

ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
WA : +85587781483