Sunday, January 13, 2019

Customize Sendiri Hadiah Buat Yang Tersayang Hanya Di PRINTCIOUS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari-hari penting seperti hari ulang tahun kelahiran, hari ulang tahun perkahwinan, hari bapa, hari ibu, hari perpisahan dan lain -lain lagi merupakan hari-hari penting setiap orang akan melaluinya. Bila tibanya hari-hari penting ini, korang pasti akan menghadapi masalah memikirkan apakah hadiah istimewa yang korang perlu berikan kepada yang tersayang sebagai tanda meraikan hari penting tersebut! Faries pun kerap lalui benda ni, lagi-lagi kaum lelaki ni tak pernah ambil kisah pasal hadiah-hadiah dan 100% boleh cakap tak ada idea yang menarik. Setiap tahun pasti hadiah yang sama cuma design atau warna yang berbeza. Tapi tahun ini pasti jadi tahun yang menarik untuk orang yang Faries sayang sebab Faries dah jumpa PRINTCIOUS.COM. Apa tu? Nak tahu teruskan membaca taw...

Printcious merupakan sebuah kedai hadiah atas talian yang sangat popular di Asia.  Apa yang bestnya Printcious ini ialah mereka menawarkan pelbagai pilihan  hadiah yang boleh korang design sendiri hadiah yang korang pilih dengan hanya mengikuti beberapa langkah mudah. Print bermaksud cetakan dan Cious diambil daripada perkataan Precious yang bermaksud berharga. Printcious menawarkan pelbagai pilihan hadiah untuk yang tersayang dan mereka mencipta kegembiraan kepada pelanggan melalui kebebasan mencipta design sendiri kerana Printcious percaya setiap rekaan pasti memberi makna pada seseorang.

www.printcious.com.my

Jom kita lihat beberapa produk yang ditawarkan di Printcious seperti dibawah:

Pilihan hadiah yang korang boleh pilih untuk letak gambar sendiri ataupun gambar-gambar yang korang suka. Warna bantal ni pun korang boleh pilih.

Tempat alas tetikus komputer. Terdapat dua bentuk iaitu bulat dan petak. Korang boleh design ikut kretiviti korang

Ini pula tempat gantungan pintu. Cantik bukan?

Nak tahu cara-cara nak beli?

Ikuti langkah-langkah dibawah:

Langkah 1:


Korang mesti daftar dulu taw sebelum membuat sebarang pembelian. Klik link 'Create Account' dan korang isi lah beberapa maklumat yang diminta. Kalau nak lebih mudah. Korang boleh terus log masuk menggunakan link Facebook. Lagi mudah dan cepat taw.

Langkah 2:


Korang boleh terus pilih hadiah atau barangan apa yang korang nak macam contoh ada T-Shirt, mugs, bag dan banyak lagi taw. Faries dah pilih 5 barang taw.

Langkah 3:


Lepas dah pilih korang nak barang apa. Korang boleh pilih sama ada nak design sendiri ataupun guna pilihan yang diberi tapi korang tambah tulisan atau lain-lain. Yang ini, Faries ambik pilihan yang diberi tapi tambah tulisan tapi ada beberapa barang lain lagi yang Faries design sendiri taw

Langkah 4:


Lepas dah siap korang boleh klik produk yang korang pilih tu dan terus automatik masuk ke cart. Inilah barang-barang yang Faries dah design sendiri.hehehe. Tak sabar!

Langkah 5:


Korang boleh terus membuat pembayaran mengunakan ATM ataupun Online banking dan tunggu 2-3 hari  barang yang korang pesan akan sampai. Boleh la bungkus nak bagi dekat orang yang tersayang =D

Sejujurnya harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan apa yang paling penting kita berpeluang untuk mereka sendiri mengikut citarasa kita. Tak sabar rasanya nak tunggu produk yang Faries pilih sampai. Nanti kite review dan tengok sendiri dengan lebih detail taw.  Korang apa tunggu lagi? Jom berbelanja di Printcious.com


Terima Kasih Printcious <3

Nak tahu lebih lanjut, sila layari


Email: ask@printlcious.com


18 comments:

CXopportunities said...

Printcious mmc terbaik! Cx pon suka sangat. Dahlah website dia very user friendly, easy to surf. Hadiah pon macam² boleh kita pilih ntk design. Menarjk semua sekali. Tka rugi design online dkt printcious sebab murah, berkualiti dan cantik! Tak sabar nak dpt hadiah yg cx design!

Kayathre said...

This is a very good idea. After this I don't have stress myself what gift to buy for everyone. Somemore with this, can personalize the gift to the receiver. This is so cool.

Suria Amanda said...

Bestnya kalau dapat customize hadiah kan utk anak ke..atau untuk kawan-kawan...senang aje .tempah and then diorang boleh pos kan...menarik...boleh la cuba nanti..barangan yang ditawarkan pun menarik sangat

Mahamahu said...

Hehehehe awak nak hadiahkan kita ker bantal tu wakakaka tapi jangan print gambar awak nanti tak boleh tidur wakakakaka tapi sini sangat mudah dan bagus ada khidmat macam ni boleh jadi hadiah special....

Wai Yee aka Rane said...

I have heard about this website before. nice to give someone a personalised gift. it shows that we thought before we gift. time to get some gifts for coming festive seasons loo

Syiera Firdaus said...

Banyak review pasal printcious ni. Sememangnya idea yang sangat baik kalau nak hadiahkan dekat someone. Kalau syira nak tempah bantal hehe

cindyrina said...

Before new year I order kat sini la.Serious cepat they all deliver and hasilnye serious cantik as what I ordered. I ordered magic mug and mouse pad.

Mek Onie said...

Hai awaa. Customize apa tu. Tak pernah lagi guna servis di Printcious ni tapi perasan ramai yang dah review servis dia kata bagus dan tak perlu diragui :D

Hanny Abdullh said...

Bagus tempat ni..senang nak cari barangan untuk hadiah, design pun boleh d3sign sendiri, comei sangat. Sis dr hari tu teringin nak buat design kat tshirt utk sis n anak sis, tapi tu lah..masa nak design pulak tak ada masa..hehehe

Nina Mirza said...

Bagusnya idea..!! Memang tengah cari idea tuk hadiah sesuatu buat yang tersayang. Tentu dia teruja seronok terima hadiah yang ada wajah kita kannn... Bagi bantal ker kannn, Daku sentiasa menemani mu sepanjang tidur mu. Bawa lah daku ke dalam mimpi mu. Chewah.... HAhaa...
Makaseh sharing

mrsliez said...

Best dpt customade hadiah utk org tersayang. Mudah sebba secara online dan puas hati sebab ikut selera dan citarasa sendiri.. kak liez suka jugak buat custom made gift sebb lebih nilainya.. rs lebih berharga

penaberkala said...

Haaa, mudah la lepas ni nak order untuk bagi gift kat orang kalau macam ni. Order online je, tak payah nak kena pergi kedai semua. Tq for sharing the info. Nanti boleh cuba juga servis ni

AyuArjuna BiGoshh said...

Akak mmg banyak kali order brg kat sini. Sebab kita boleh order “personal touch” yang bgbakk sgt meaningful. Especially mug dan bantal mmg feberet akk

Alia Farhan said...

Best kan printciuos ni.. Mcm2 choices ada.nnt nak. Buat utk mak kita gmbar cucu2 dia yg canvas print gitu

Mawardi Yunus said...

menariknya , banyak benda boleh custom print ya. btw ada print gambar saya tak kat bantal tu. eh eh

Mouse Mommy Treats said...

Mouse mommy pun baru order cushion, suka printing yg berkualiti dan cantik. Peluk tiap2 hari ni.

HALIMAH BINTI MUHIDEN said...

Kak selalu dgr psl printciuos ni, seronoklah dpt mcm2 cenderahati dari org tersayang ikut citarasa kita nk rupa macam mana.

Ruby said...

Setelah memilih nak buat apa, faris order apa? Berapa lama akan terima produk tu? Lama sangat ke? Ada cas penghantaran ke?