Sunday, November 4, 2018

Ombak Kitchen Menawarkan Pilihan Shell Out Premium Pada Harga Terbaik

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pengalaman pertama menikmati makanan laut atau lebih mesra dipanggil Shell Out sangat mengujakan. Ini kali pertama faries merasai shell out. Sebenarnya dah tahu lama kewujudan shell out tapi cuma belum berkesempatan nak cuba rasa. Untuk percubaan kali pertama, ini faries telah menikmati shell out di Ombak Kitchen yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Nak tahu apa yang best Shell Out di Ombak Kitchen ni? Teruskan membaca.....

Dekorasi didalam kedai. Cantik dan luas
Ombak Kitchen telah beroperasi hampir setahun dan ini merupakan perniagaan usahawan bumiputera tempatan. Apa yang bestnya di Ombak Kitchen ialah seafood mereka merupakan seafood import 100% dan penghantaran setiap hari. Bukan seafood frozen taw. Korang boleh bayangkan tak betapa segarnya seafood-seafood yang dihidangkan disini. Selain itu, ombak kitchen tidak menggunakan sebarang minyak didalam masakan dan menggantikan minyak dengan butter. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kolestrol dan memberikan kesegaran kepada seafood-seafood yang dihidangkan.


Konsep makan di Ombak Kitchen ialah konsep santai sesuai dengan tagline iaitu' Pakai Tangan Jer'. Yelah nak makan seafood kite makan rilex dan santai. Di Ombak kitchen adalah tempat terbaik untuk korang menikmati shell out sambil rehatkan minda disamping persekitaran yang cantik dan tenang.

Shell Out yang ditawarkan disini terdapat 5 pilihan rasa antaranya:

Ombak Crazy Cajun
Ini adalah pilihan paling popular kat Ombak Kitchen ni. Memang tak dinafikan memang sedap rasa pedas lemak memang menjilat jari . Untuk pengetahuan korang, Sos cajun merupakan salah satu rempah dari negara Mexico. Memang sangat popular di seluruh dunia.


Buttermilk Sauce 

Ini pun fav pengunjung yang datang ke Ombak Kitchen. Sapa tak suka buttermilk kan. Sekarang mana-mana resepi seafood mesti nak masak buttermilk. Korang kene rasa buttermilk sauce daripada Ombak Kitchen ni. Memang terangkat


Cheezy Zesty Lemon Sauce

Korang bayangkan jap cheese campur dengan lemon.  Ya Allah sedapnya, rasa masam-masam lemak. Satu lagi ini menjadi pilihan juga sebab semua peringkat umur boleh makan.


Kami turut merasa 2 lagi pilihan rasa shell out iaitu:

Dark Chili Chocolate
Sos ciptaan Ombak kitchen sendiri yang merupakan resipe rahsia. Rasanya seperti pedas pedas manis dan memang kena dengan citarasa rakyat Malaysia.

Creamy Tom yum Sauce
Rasa santan ditambahkan dengan cili dan rempah tomyam. Memang best. Tak perlu nak ke Thailand nak rasa Tom yam pure kan.


Combo 1
Combo 2
Combo 3
Combo 4
CrabXL 1 Nos
(450g)
Extra Large Prawn
(300g)
Mussel                    
(300 g)
Hamaguri Clams    
(500g)
Squid
(250g)
Broccoli                   
(300g)
Potato                    
(2 set)
Corn                        
(3 pcs)
Rice                      
(2Bowl)
Crawfish Baby Lobster
(300g)
Extra Large Prawn
(250g)
Mussel                    
(200 g)
Hamaguri Clams    
(250g)
Squid                      
(200g)
Broccoli                 
(300g)
Potato                     
(2 set)
Corn    
(3 pcs)
Rice
(4bowl)
Crawfish Baby Lobster
(700g)
Crab XL 2 Nos         
(900g)
Extra Large Prawn (700g)
Mussel
(300 g)
Hamaguri Clams
(500g)
Squid
(500g)
Broccoli
(half)
Potato
(3 set)
Corn
(5 pcs)
Rice
(4bowl)
Lobster 2 Nos
(700g)
Crab XL 2 Nos
(900g)
Extra Large Prawn (700g)
Mussel                    
(300g)
Hamaguri Clams    
(500g)
Squid
(300g)
Broccoli
(300g)
Potato
(2 set)
Corn
(3 pcs)
Rice
(4bowl)
RM 199
RM 159
RM349
RM439

Kiteorang ambil set combo 1. Itu pun tak abis sebab banyak sangat. Sebenarnya korang boleh pilih set ataupun ala-carte. Untuk set combo 1 tak termasuk lobster taw. Kalau nak lobster ambik set 2,3 ataupun 4. Menurut pemilik Ombak kitchen, makanan atas RM 75 keatas dah memadai dan boleh mencapai status kenyang. Bagi faries harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan seafood seafood yang besar-besar dan segar. Fuh!

Selain itu, ombak kitchen juga turut menyediakan pelbagai pilihan menu sampingan yang sedap-sedap. Antaranya soft crab, lamb, buffalo chicken wing dan banyak lagi. Kami ambil 3 menu sampingan dan 1 pencuci mulut signature di Ombak Kitchen. Pilihan minuman juga pelbagai dan minuman popular ialah minuman cocktail.

Cheezy Potato Wedges (RM 9.90) & Fried Sotong with Salted Egg ( RM 11.90)

Daging Bebola dengan BBQ sauce (RM 12.90)

Ombak Dessert RM 49.00 4 pax, Cantik bukan!
Secara keseluruhannya faries rasa Ombak Kitchen menawarkan pilihan seafood segar terbaik pada harga berpatutan. Faries memang syorkan korang ke sini untuk menikmati shell out premium pada harga berpatutan. Memang ada niat nak datang lagi bersama keluarga. hehehe.

Nak tahu lebih lanjut tentang Ombak Kitchen?
Jom layari atau hubungi:


Email: ombakkitchen@gmail.com

03-77344699/010-2205946

5.G.01. D'Vida Business Center,
Jalan Bazar U8/101,
Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor


15 comments:

Lin Liena said...

wah wah seronoknya makan ramai2...kak lin mmg suka makan shellout tau...rasa mcm best je sbb rebut2...haha...bolehlah try kat sini nanti

Bonde Zaidalifah said...

Wahh sedapnye lama tak pekena sellout dengan family, nanti nak cubalah makan dekat sini.. nampak mengoda hidangannya... nak makan sama-sama dengan family baru syok

Mimie said...

Memang berbaloi pakej dan harga yang ditawarkan. Banyak pilihan dan menu. Puas makan macam ni. Kenyang sampai malam. Nanti nak pergi jugaklah

Ezna Khalili said...

Pakej yang ditawarkan nampak menarik. Nak nak saya memang penggemar seafood. Nyumsss....boleh la nanti masukkan Ombak ni dalam list tempat makan harus explore.

mrschantek.blogspot.com said...

Cantik dekorasi restiran ni. Makanan pun nampak sedap semuanya. Tergoda dengan shell out tu nampk sedap sangat.

Balqis Athirah said...

Menarik betul menu-menu kat restoran ni. Tak sabar Qiss nak bawa keluarga cuba makanan kat sini tau.

Seronok tengok makanan dihidang segar macam ni.dan penggunaan minyak diganti butter.

AyuArjuna BiGoshh said...

Sedapnya shell out kat sini. Hari tu x sempat nak join. Banyak sangat benda bak setel. Ingat nak bawa famili makan kat sinilah

Fadzi Razak said...

Selalu jugak dengar ombak kitchen ni. Tapi tak pernah jejak lagi ke sini. Padahal rumah dekat je. One day nak cuba jugak lah sedap ke tidak

Syamimi Saad said...

Sedapnya shell out.
Tak pernah lagi try.
Bukan apa, risau kalau tiba-tiba elok order terkena seafood yang digunakan tu dah tak fresh je.
Maklumlah, shell out ni kan harga blh tahan juga.
Mcm nak try je yang kat tmpat ni.

JMR said...

SHell Out memang lebih meriah dan seronok makan ramai2 macam ni kan..anyway, yg buttermilk tu mesti sedap giler kan

Lia Hasty said...

Lama tak makan seafood ni. Flavour Cajun tu memang menarik lah. Rasa nak try kalau singgah sana. Terliur tengok gambar pun

Nadia Johari said...

Sedapnya seafood. Suka makan seafood. Pernah makan shell out ni kat tempat lain, sedap, mungkin boleh cuba dekat sini. Tgk dekorasi dessert dia cantik je

Seriwangi said...

Kak blm sampai lg kat Ombak Kitchen hrp nti dpt invite dari dorang...

Ruby said...

Seafood ni memang sedap. Tp kalau ada geng lg best. Hehe. Kalau org yg baru kawen Nak dpt baby boy, bleh la amalkan seafood ni. Tapi yang gout, jangan cuba-cuba k. Sebab sekali Cuba Yummy. Mesti Nak tambah lg.

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators