Sunday, November 18, 2018

BookXcess Cyberjaya Tempat Baca Buku Dan Lepak Paling Awesome!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rasa macam dah lama tak menulis dekat blog ni. Eh sebenarnya Faries nak bagitahu yang Faries baru je jumpa port lepak untuk buat kerja terbaik di Cyberjaya. Maklumlah sekarang ni Faries dalam proses menyiapkan projek akhir sebelum pembentangan VIVA untuk program ijazah ini. Kalau nak buat kerja kat rumah tu boleh tapi kalau dah nampak katil tu memang dah kelain jadinya. Sebelum ini tempat selesa nak buat kerja ialah di Starbucks tapi itulah kene keluarkan duit pulak untuk beli coffee.hehehe. Tempat yang Faries cakap itu ialah di BookXcess yang terletak di Tamrind Square, Cyberjaya. Korang mesti nak tahu pasal tempat ni kan?  Jom teruskan membaca.....

Cantik bukan Tamarind Square?


Untuk pengetahuan semua, Faries dapat tahu tentang BookXcess ini pun daripada bos tempat Faries menjalani latihan industri dimana beliau banyak menghabiskan masa kerja diluar dan beliau memberitahu BookXcess adalah tempat best dan terbaik. Semalam baru kesempatan pergi kesini dan sememangnya apa yang diperkatakan oleh beliau sememang betul. Betul-betul awesome!



Nak tahu apa yang menariknya di BookXcess? Lihat senarai dibawah

Pelbagai Buku Fiction dijual disini
Kemudahan Wifi Percuma
Tempat Lepak Santai Disediakan
Kafe
Beroperasi 24 jam

Macam-macam buku ada taw


Selesa untuk korang buat kerja. Wifi percuma taw.huhuhu

Kafe turut disediakan. Kalau haus boleh la beli air atau makanan.hehehe

Banyak lagi benda yang menarik ada kat sini. Mungkin kene explore lebih lagi memandangkan ini baru kali pertama Faries kesini. Apa yang Faries rasa menariknya ialah konsep yang dibawakan disini. Rasa macam kat luar negara pulak. Tiber! Eh korang pon boleh baca buku secara percuma taw. Duduk la banyak tempat disediakan. Kalau haus atau lapar boleh pergi ke Cafe yang ada didalam BookXcess ni. Buku-buku kat sini pun tak mahal weyh. Bagi Faries harga yang ditawarkan memang berpatutan. BookXcess juga terdapat di beberapa lagi kawasan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Antara hiasan dalaman yang terdapat disini.


Kawasan Tamarind Square ni pun cantik dan ini merupakan kali pertama Faries sampai kesini. Kalau nk phootoshot memang cantik. Konsep macam mall dalam hutan rimba. Jom ramai-ramai datang ke BookXcess!

Tengok harga dia? Murah bukan. Buku tebal taw.

Nak tahu lebih lanjut tentang BookXcess, Sila layari



Waktu operasi: 24 jam

L3M-04, Tamarind Square,
Persiaran Multimedia, Cyber 10,
63000, Cyberjaya, Malaysia.


15 comments:

Jia Shin Lee said...

I've visited once and tapau-ed home so many books from them because the price is cheaper and they've got more choices.

sitirohaida said...

setuju..kalau buat assignment kat rumah,banyak betul dugaan.Tapi kalau dapat tempat selesa macam ni, memang best dan selesa.jadi takdelah kerja terbengkalai.Boleh la sambil tu baca buku-buku menarik di sini..Kalau dekat dah lama pi terjah..

Sherry Go Sharing said...

now I know where to find so many books to read. Great sharing here as got friends that love to read book and reading a nice habit. Just the place a bit for for me to go, well let my friends know this place now!
Follow your gfc now, you can follow mine too on www.mymumbest.com

5 Little Angels said...

Looks like I found a comfortable place to start my reading. Thanks for sharing and will bring my children there to enjoy their reading.

cre8tone said...

so many books.. i also wanna go there and read up d.. great sharing.. time to bring kiddos explore this place..

Nina Mirza said...

Wahh... Menarik tempat sini. Memang tempat yang sesuai selesa tuk siapkan task. Kat rumah huru hara, kejap kejap berhenti anak nak itu laa ini laaa... Sudahnya tak siap.
Paling best ada Wifi tu. Cayalah

Syafiera Yamin said...

wah nampak cantik sangat tempat ni, sesuai untuk dijadikan sebagai tempat belajar...lepas no more excuse buat keje sekolah assigment dekat tempat orang nak makan terutamanya mcdonald hahahaha

Mahamahu said...

Tengok bangunan macam seram jer hehehe tapi kat sini buka 24jam kan untuk baca buku. Tapi bukan dah ada banyak perpustakaan awam disediakan tapi orang tak suka pergi... Tak tahu mungkin sebab sini ada konsep cafe mungkin perpustakaan awam kena mula revolusi untuk lebih mengikut perkembangan masa...

Mimie said...

Tak tahu pulak kat cyberjaya ada library macam ni. Dalam namapk best dan seronok. Luar je nampak scary sikit maybe sebab nampak lama kot. Kalau dekat hari2 datang sini

Ruby said...

Ala dah pi keeee. Akak sejak opening belum berkesempatan pergi ke sana. Beruntung student kat kawasan sana. Boleh belajar di sini sekali. Instead lepak di restoran kan. Hehe. Harap ada tempat mcm ni Kuala Lumpur. Boleh kerjasama dengan perpustakaan negara ke. Hehe

Cik Min said...

Bestnya wakkk..kak min sejenis yg sehari suntuk lepak baca2 camni pun tak pe. Dah la persekitaran cantik. Memang best ni lepak2 sambil baca2 buku tambah ilmu

Nadratul Syazwana said...

Ramai jugak orang. Maknanya ramai juga yang dah tahu kewujudan tempat ni ye. Kita je yang baru tau hahahah. Ada bayaran masuk tak? Sebab certain tempat ada yang kena bayar kalau nak lepak camni. Anyway, nice place :)

Rawlins GLAM said...

Rawlins pernah shopping buku kat sini - astaga! Menggila jadinya sebab harga memang murah nak meninggal tau. Rawlins beli dekat 60 naskhah buku tapi tak sampai RM800 pun

mrschantek.blogspot.com said...

Hmm dulu masa akk belajar lepak mcd jerk atau library kat campus, masa terhad jadi tak banyak masa nak lepak study kat lua. Tapi menarik kan tempat ni wifi pun percuma

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators