Sunday, October 7, 2018

Philips Menawarkan Viva Collection Airfryer XXL Yakni Lebih Besar, Mudah dan Sihat

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang ada pengalaman menggunakan Airfryer atau sudah memiliki Airfryer dirumah? Nak bagitahu ni, Philips baru sahaja melancarkan Airfryer yang lebih besar yang dipanggil sebagai 

Philips Viva Collection Airfryers XXL

Kalau dah saiz besar mestilah boleh masak dengan banyak untuk sekali hidangan.Korang nak tahu tak apa yang menariknya Philips Airfryers XXL ni. Teruskan baca sampai habis sebab aku tahu korang minat bab-bab peralatan memasak yang memudahkan macam ni=P

Rakyat Malaysia rata-rata sukakan makanan bergoreng tetapi tidak pernah terfikir berapa banyak kalori yang terdapat didalam makanan yang dimasak menggunakan dapur gas. Selain itu, makanan yang diproses mungkin mengandungi kadar kalori, lemak, gula dan garam yang tinggi. Kesannya terhadap kesihatan dapat dilihat apabila 47.7% orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes, di mana berat badan yang berlebihan merupakan faktor risiko besar bagi penyakit kardiovaskular, iaitu punca kematian nombor satu rakyat Malaysia tahun demi tahun.


Fungsi sebenar Philips AirFryer XXL ialah pertamanya adalah untuk menggoreng.Kepelbagaian fungsi Philips Airfryer XXL membolehkan pengguna memasak beraneka jenis makanan untuk hidangan yang pantas lagi enak buat seisi keluarga.Sama ada korang memilih untuk menggoreng, membakar, menggril atau memanggang, anda boleh menetapkan suhu daripada 80˚C hingga 200˚C. Untuk tempoh memasak yang lebih panjang, Korang boleh menetapkan masa sehingga 60 minit bagi memberikan anda lebih kemudahan. Selain daripada itu, buku resepi panduan memasak daripada chef- chef terkenal turut disediakan kepada pembeli. Mudah Bukan!



Menu-menu yang dimasak menggunakan Philips Vivo Collection Airfryer XXL. Mengiurkan bukan!

Kenapa korang mesti beli Philips AirFryers XXL?

1. Saiz dan Ruangan yang lebih besar

Philips Airfryer XXL boleh menyediakan hidangan yang lebih banyak untuk sekali hidangan. Menurut jurucakap Philips. Sekali masak menggunakan Philips Airfryer XXL boleh menyediakan hidangan untuk 6 orang. Airfryer kali ini lebih berat daripada model sebelumnya

2. Lebih Sihat dan kurang Kolestrol

Kebiasaannya korang mengoreng sesuatu secara traditional akan menghasilkan kalori dan minyak yang banyak. Tapi dengan Airfryer XXL ini dapat mengurankang 50% minyak didalam masakkan korang.Ciri Turbostar Berkembarnya yang terbaharu menggunakan 2,225W kuasa untuk menyingkir lemak dengan lebih berkesan, yang mana udara panas dipusarkan di dalam Airfryer bak puting beliung yang kuat di dalam keseluruhan ruangan bakul memasak bagi menyingkirkan lebih banyak lemak. Lemak itu kemudiannya diperangkap di bahagian bawah pan menerusi Penutup Pengurangan Lemak supaya boleh dibuang dengan mudah.

3. Mudah dan Pelbagai guna

Untuk korang yang sentiasa sibuk, selain memasak, proses mencuci juga perlu mudah dan cepat. Untuk memudahkan para pengguna, Philips Viva Collection Airfryer XXL didatangkan dengan bakul QuickClean yang mempunyai jaring tidak melekat boleh ditanggalkan agar ia dapat dicuci dengan mudah dalam hanya 90 saat. Semua bahagian yang boleh tanggal, seperti bakul dan bekas berbentuk laci yang disaluti dengan lapisan tidak melekat boleh dibasuh dengan selamat di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.

Inilah bakul Quick Clean yang akan memudahkan anda untuk mencuci

Mesti korang tertanya mengenai harga kan?

Harga bagi seunit Philips Viva Collection Airfryer XXL ialah RM 1699 berserta pan menggril dan satu set pencucuk makanan.

Anda boleh dapatkan di Philips Brand Store :

Publika Shopping Gallery
The Gardens Mid Valley
Wangsa Walk, Kuala Lumpur
Sutera Mall, Johor Bahru
Gurney Plaza, Pulau Pinang
Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; 
dan di kedai-kedai rakan peruncit dan pengedar di seluruh negara, serta melalui kedai dalam talian rasmi di Lazada di



Berita Baik!

Pada 2-7 Oktober 2018 Philips menawarkan harga terbaik untuk Philips Viva Colletion Airfryer XXL bertempat di Autrium Tingkat Bawah, IPC Shopping Centre Mutiara Damansara.

Harga yang ditawarkan serendah RM 1499 dan korang dapat hadiah seutas gelang tangan pintar jenama MI berharga RM 109. Berbaloi bukan. Apa tunggu lagi. Dapatkan sekarang!


Terima Kasih Philips!

21 comments:

NAZLIANA SI CUTE said...

wahh best kalau dapat satu koleksi ni..mcm2 boleh digunakannya kan..menarikk

Nina Mirza said...

Aiseymen... Mang dah lama nina aim nak ada Philips AirFryers. Nampaknya dah upgrade kepada size lebih besar. Jatuh cinta dibuatnya. Kena terus menabung laaaa nampaknya. Huhuuuu

mama tisya said...

mcm2 bole masak dlm air fryer...akak pn guna philip juga tp pinjam mertua punya la..senang nk goreng nugget, beger, fries , ayam tanpa minyak

Qaseh Dalia said...

Tu diaaa lagi besar , harga pun besar gak ahaks ni yang family besar boleh beli , letak sekali harung je dalam tu

Ana Suhana said...

Wishlist kak ana air fryer ni. Tertarik sebab boleh kurangkan pengambilan kolestrol sebab tak guna minyak. Tapi masakan tetap sedap dan sihat. Kena mula menabung lah lepas ni.

Suria Amanda said...

Alaaaaa...nak la air fryer ni..cantiknya dia kaler hitam tau..kalau akak dpt ni..mmg senang kerja..gas habis habis kat dapur bleh guna ni je..senang kan...

apekinahdotcom said...

Air Fryer ni memang ada dalam wishlist. tunggu duit tabung penuh baru boleh beli air fryer ni. nampak lebih mudah dikendalikan dan yang penting tak payah guna minyak. fuhhh jimat minyak dan gas lepas ni

Hanny Abdullh said...

Sis dah ada air fryer cam ni tapi kecik je..tak leh nak masak bebanyak, tengok yg ni besar..bagus kalau ada yg besar cam ni, kira berbaloi lah dengan harga dia

Zharif Azis said...

leoas nie mudahlah kaum ibu-ibu utk masak hidangan dlm portion yg banyak. serious best, saiz pon besar, jimat penggunaan lagi. alaaa ruginya xbeli time tgh promosi tu

Emi said...

Haaa apa lagi faries, beli satu hadiahkan dekat emak. Mesti suka punya, hari2 bertambah rajin masak, hehe. Airfryer xxl ni berbaloi beli kalau family ramai.

AlongMurni said...

AM memang suka barangan keluaran Philips ini.. sangat berkualiti, tahan lama dan harga berpatutan.. nak nak masa time promosi.. mmg wajib beli nie..

Syaza Redzuu said...

Guna Airfryer lagi senang. Nak masak ayam goreng tanpa minyak pun boleh. Lagi sihat. hehe

AyuArjuna BiGoshh said...

Bestnya kakau air fryer ni. Masuk seekor ayam dah boleh masak. Tapinproduk phillips ni mmg best. Kualiti teknologi nya dipercayai

cre8tone said...

Syok nya.. I pun nak try try philips air fryer ni.. nampak bagus sangat model baru ni... let's cook healthily..

Alia Farhan said...

Wow..bestnya..akak mmg suka n percaya dengan brand philip ni..kt umah pun pkai pressure cooker n rice cooker from philip..memang best n berbaloi guna...alah mmbeli..menang memakai gitu

Seriwangi said...

Wah..bestnya klu kak pun ads Airfryer nice jimat masa dan tak memenatkan sbb semuanya dpt siap dgn Pancras.

Syamimi Saad said...

Alamak.. Tang harga belum mampu milik lagi. 😅😅
Bersaiz besar ke kecil, ramai yang dah miliki kan.
Sebab kepelbagaian penggunaannya.
Lagi lagi ciri memasak yang dpt mengurangkan penggunaan minyak tu.

Unknown said...

airfryer ni mmg patut semua org ada. senang, jimat and lebih healthy sebab tk guna minyak. hehe

Mermaid said...

Philips AirFryer memang teringin nak beli sebab goreng tanpa minyak. Sangat menyihatkan boleh mengurangkan cholesterol. Harga pun mampu milik dan berbaloi kan?

Shafyqah Azahar said...

bestnya kalau dapat air fryer ni, tambah kalau brand philips ni! makin rajin memasak la

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators