Friday, September 14, 2018

Wedding Studio Tawar Pakej Perkahwinan Grand Ballroom Di The Summit Hotel USJ Pada Harga Terbaik!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera



Pada beberapa hari yang lepas, aku telah dijemput oleh Wedding Studio Sdn Bhd sekali lagi ke Majlis Pratonton Dewan dan Sajian Wedding Studio di The Summit Hotel USJ, Subang. Konsep yang dibawakan kali ini oleh Wedding Studio agak berlainan sedikit kerana konsep yang dibawakan ialah konsep perkahwinan Grand Ballroom dan lokasi dewan ini sendiri terletak di The Summit hotel yang merupakan hotel 4 bintang dan pastinya lebih gah. Aku sangat teruja dengan pakej ditawarkan oleh Wedding Studio. Nak tahu kenapa? Jom baca lagi....


Cantiknya baju.Fuhh


Majlis kali ini agak berlainan sedikit kerana Wedding Studio berbesar hati menjemput Hael Husaini dan Ara Johari sebagai artis jemputan untuk menghiburkan para tetamu pada malam tersebut. Selain daripada itu, para tetamu juga turut di hiburkan dengan tarian serta pertunjukan baju-baju perkahwinan yang disediakan oleh Wedding Studio. Ya Allah serius cantik sangat!

Persembahan mantap Hael Husaini membawakan lagu Hajat dan Jampi
Ara Johari mempersemhakan lagunya untuk majlis pembukaan majlis
Antara pilihan Baju Tradisional yang disediakan oleh Wedding Studio
Pilihan Baju Modern 
Harga yang ditawarkan termasuk sekali semua dalam satu pakej betul-betul sangat berpatutan. Korang kahwin bawak diri je. Semua dah disediakan oleh Wedding Studio. Nak tengok senarai pakej serta harga yang ditawarkan boleh rujuk dibawah:

WEDDING STUDIO GRAND BALLROOM  THE SUMMIT HOTEL USJ

500 PAX BUFFET
RM 28 000
1000 PAX BUFFET
RM 33 000

Sewa Dewan Ballroom ✅
80 Meja Tetamu ✅
800 Kerusi Banquet Bersarung Riben ✅
4 Dome VIP ✅
Pelamin Moden ✅
1 Pasang Baju Lelaki dan Perempuan ✅
1 Kali Makeup ✅
PA System ✅
Emcee ✅
Kompang ✅
Meja Beradab ✅
Raw Photography +CD + RAW Videography + CD ✅
1 projector+ Screen ✅
Holding Room ✅
3 VIP Parking ✅
Bilik Suite Summit Hotel (Bermalam) ✅

MENU ASAS:

Nasi Beriani
Nasi Putih
Ayam Berlada
Daging Rempah
Dalca Sayur
Acar Timun
Papadom
Tembikai
Buah Oren
Air Mineral
Kuih Karipap 150
Seri Muka 150
Kek Pengantin 3 Tingkat

MENU PENGANTIN:

Udang Panjat
Ikan Siakap Masak Sweet Sour





Korang masih tercari-cari pakej terbaik untuk mengadakan majlis perkahwinan korang. Aku sarankan korang ambil pakej Wedding Studio ini yang pasti akan memberikan kepuasan dengan harga yang sangat berpatutan. 

Tempah cepat slot untuk 2019 masih available...

Nak tahu lebih lanjut, Layari:


Atau hubungi

012-4292806 | 012-4978827 | 012 - 2844827

The Summit Hotel
USJ Persiaran Kewajipan USJ 1 47600 UEP Subang Jaya Selangor, 
Malaysia

Wedding Studio
HG88A, GF Plaza Jelutong,
Bukit Jelutong , Shah Alam

17 comments:

adianiez AIDA said...

Nice review. Utk yg masih lom ada tempat or pakej kawin, this is the best. Boleh start menabunglah kan. Nice. Ekslusif.

Fadzi Razak said...

Cantik betul dewan dengan design dia. Tapi satu yang kena hati hati bila design dewan macam ni, maksud design yang agak gelap, takut photographer tak dapat gambar cantik. Photographer kena main peranan pandai ambil gambar dalam low light

Dunia Farisya said...

Lawalah design baju2 dia.adoii rasa nak naik pelamin balik dengan ciksomi hahaha.Masa kahwin haritu biasa2 je sebab pemaluu sangat hahaha

mrschantek.blogspot.com said...

Senang kan, semua bawah 1 bumbung. Tak perlu masa yang panjang untuk rancang majlis, cuma perlu ambil masa untuk kumpul duit jerk.

Sherry Go Sharing said...

wow so nice hotel to have a wedding. Long time didn't step foot in this hotel, used to work practical in this hotel.

cindyrina said...

Package dia not bad. Everything in for such good environment. At least tak payah risau caterer lari.

Nadia Johari said...

cantiknya dewan dia, besar dan selesa bila tengok..nak buat majlis dekat sini memang sesuai la..senang dah..bayor je..cakap je nak buat tema ape kan..semua serba lengkap

AyuArjuna BiGoshh said...

Pakej yang ditawarkan mmg berbaloi. Lps tu dewan dia besar dan cantik. Katering servis amik gambar semua tip top .. mmg best

Wawa Ashihara said...

Wah cntiknya pelamin dia dalam ballroom ni.. Pakej yg dtawarkan boleh tahan... Hehe.. Tp okla sebab semua lengkap...xpyh pk nk buat satu persatu... Servis pelamin, kayering pe semua mmg up to dated...

Zharif Azis said...

Wahhh lengkap betul yer pakej perkahwinan yg ditawarkan. Xperlu runsing2 fikir nak cari itu ini secara berasingan. Ambil je pakej nie dah selesai

Bonde Zaidalifah said...

Menarik pakej yg ditawarkan.. Dewan luas, decoration cantik... Tak perlu survey2.. Tempat lain dah.

Huda Halid said...

Menarik promosi dari wedding studio ni. koleksi baju pun cantik2. Ada duit boleh la merasa buat wedding kat hotel macam ni. Cantik!

AlongMurni said...

Wah!! Serba lengkap pakej dia.. memang tip top.. harga pun berpatutan.. tgk gambar majlis kawen rasa teringin plak nak kawen.. hahaha..

AlongMurni said...

Wah!! Serba lengkap pakej dia.. memang tip top.. harga pun berpatutan.. tgk gambar majlis kawen rasa teringin plak nak kawen.. hahaha..

Mawardi Yunus said...

pakej yang diorang tawarkan menarik, yang penting pakej dia lengkap. mudah untuk ahlikeluarga dan pasangan pengantin, tak perlu banyak kerja dah.

Mouse Mommy Treats said...

Grand and cantik pakej perkahwinan ni. Blh rekomen kat rakan2 sekerja yang nak kahwin tahun ni. Tq atas info ni.

Mermaid said...

Wah cantikknya baju2 persalinan yang ditawaran. Cantik dari design modern and traditional. Harga package pun tak mahai sangat. Affordable betul.