Friday, September 14, 2018

Jejaki Tempat Menarik di Klang Bandar Diraja bersama Tourism Selangor dan KTM Holidays

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Tourism Selangor telah menganjurkan FAM Trip ke Klang dengan kerjasama dengan KTM Holidays bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 61 tahun. Banyak sebab kenapa aku berminat sangat untuk sertai trip ke Klang ini antaranya ialah Klang merupakan tempat aku bermain masa kecik walaupun dibesarkan dan dilahirkan di Negeri Sembilan tapi mak berasal daripada Klang dan banyak sedara mara di sana. Mydin merupakan tempat kegemaran kiteorang adik beradik kalau datang Klang sebab nak beli mainan banyak.HAHAHA. Tapi yang paling sedih aku tak tahu langsung banyak rupanya tempat menarik di Klang ini. Nak tahu kenapa Klang dinamakan sebagai Bandar Diraja? Jom baca lagi.

Dah ready nak jelajah ke sekitar Bandar Klang =D

Tempat-tempat wajib yang korang kene pergi di Klang
Trip FAM ke Klang Royal Heritage ditaja penuh oleh KTM Holidays. Trip ini bermula daripada KL Sentral ke Stesen Komuter Klang menaiki komuter dengan kawalan selia khas untuk media. Korang pernah dengar mengenai KTM Holidays? KTM Holidays merupakan pakej baru yang ditawarkan oleh KTMB Malaysia dalam menyediakan pengangkutan khas untuk pelancongan. Menarik bukan! KTM Holidays setakat ini telah membawa ramai trip pelancong dari KL sampai ke Hatyai dan pelbagai lokasi pilihan. Bukan itu sahaja. KTM holidays juga telah menawarkan perkhidmatan lain termasuk perkahwinan di atas gerabak kereta api. Korang nak tahu lebih lanjut mengenai KTM Holiday korang boleh pergi ke link dibawah:

 atau hubungi 
 +603-2279 8861 / 8785 
email
holidays@ktmb.com.my



Berbalik kepada FAM trip ke Klang bersama Tourism Selangor. Setelah sampai di stesen KTM Klang, kami terus diperkenalkan dengan Tour Guide yang akan membawa aku dan kawan-kawan ke tempat menarik yang ada di Klang ini. Kami dibawa berkumpul dulu di Galeri Diraja Sultan Abdul Azis untuk menikmati sarapan pagi serta taklimat ringkas sebelum memulakan program tour. Kami dilepaskan untuk majlis perasmian Royal Klang Heritage Walk 2018 oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid Asari (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Selangor) Yang Bhg. Dato' Haji Mohd Yasid Bidin (Ketua Majlis Perbandaran Klang) dan Yang Bhg. Dato' Paiman Keromo CEO PADAT Selangor serta wakil-wakil daripada KTM Berhad.


Kami telah dibahagikan mengikut kumpulan dan aku dapat tour guide bernama Julie. Beliau membawa aku dan kawan-kawan lain ke tempat-tempat menarik di Klang ini dengan penuh ilmu sejarah didada.Gituw. Yelah kalau jalan-jalan ke tempat bersejarah memang perlukan tour guide sebab mereka ini akan cerita segala sejarah yang pernah berlaku di suatu tempat. Samalah macam masa aku di India, seronok bila kita dapat tahu cerita yang berlaku disebalik tempat tu. Dan yang paling seronoknya balik rumah terus google pasal sejarah kesultanan Selangor. Terima Kasih Julie !

Inilah  Julie. Tour Guide yang sangat bagus dan bersemangat melayan kerenah kami
Eh jom aku nak bawa korang lihat tempat-tempat menarik yang ada kat Klang Bandar Diraja ini. Teruskan membaca ye =D

1.Galeri Diraja Sultan Abdul Azis
Tahun dibina 1909
Arkitek AB Hubbock


Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz merupakan lokasi pertama kami iaitu mula dibuka secara rasmi pada tahun 2007. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz ialah sebuah Galeri yang bercirikan 'Neo-Classical' di yang terletak di tengah bandar Klang, Selangor, Galeri Diraja ini mempamerkan pelbagai koleksi DiRaja Selangor.Sebahagian besar daripada pameran Galeri Diraja. Muzium ini merupakan dedikasi Sultan Selangor ke-sembilan, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor sekarang bagi menghargai Allahyarham bapanya, Sultan Salahuddin Abdul Aziz berkisar mengenai riwayat hidup Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang telah memerintah Selangor selama lebih 39 tahun sebagai Sultan Selangor ke-8 dan hampir 3 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-11.

Gambar waktu kecil Alyarham Sultan Salahuddin Abdul Azis dan barang-barang kepunyaan beliau dan permaisurinya
Salah satu replika Istana Mahkota Puri yang telah dirobohkan. Sangat cantik seni binanya.
Terdapat pelbagai koleksi diraja yang menggambarkan tempoh pemerintahan Almarhum raja-raja, dari awal kanak-kanak melalui pelantikan beliau sebagai Sultan Selangor yang kelapan pada tahun 1960 dan sebagai Raja ke-sebelas pada tahun 1999.Di antara koleksi tersebut termasuklah replika batu-batu permata mahkota Selangor, cap mohor Sultan Sir Abdul Samad (Sultan Selangor ke-empat) dan pedang negeri yang dihiasi dengan perak dan batu delima Burma yang digunakan oleh Sultan Selangor ke-lima.

2. Lokasi lama Charted Bank of India, Australia dan China 
Tahun dibina 1874



Lokasi ke 2 ialah tempat lokasi Bank Chartered India, Australia dan China yang merupakan tempat kewangan pertama dan tertua di Malaysia. Tapak ini telah diambil alih oleh Butik India yang dinamakan sebagai Chennai Silk Saree dan bangunan ini bercirikan 'neo-classical'. Bangunan ini kini menjadi pilihan popular orang ramai untuk membeli saree cantik ala bollywood untuk masjid perkahwinan ataupun masjid makan malam



3. Royal Klang Club
Tahun dibina 1901



Tempat seterusnya ialah Kelab Diraja Klang yang telah dibuka hampir sedekad yang lalu. Untuk pengetahuan semua, Kelab Diraja ini merupakan tempat rekreasi dan pertemuan peladang British, pekerja awam dan pekerja daripada pelabuhan. Disinilah mereka melakukan aktiviti riadah dan sosial. Apa yang aku sangat tertarik ialah tempat makan yang dipanggil ' Smugglers Inn' sangat cantik berkonsepkan dalam sebuah kapal pelayaran. Bar yang terdapat disini pun berkonsepkan klasik seperti zaman-zaman 90 an.


4. Istana Alam Shah
Tahun Dibina 1950



Istana Alam Shah merupakan destinasi ke 4 dan kami tidak dibenarkan masuk dan hanya melihat dari jauh. Istana ini merupakan istana utama sebelum dipindahkan ke istana baru yang terletak di Shah Alam. Istana Alam Shah ini merupakan lokasi sama Istana Mahkota Puri yang telah dirobohkan pada masa dahulu. Istana Alam Shah ini menjadi tempat paling ikonik di Bandar Klang ini dan Istana ini digunakan oleh Sultan Selangor kini sebagai majlis khas dan tempat pelaburan diraja Selangor.


5. Tengku Kelana Street atau lebih dikenali
sebagai Little India



Tempat ke 5 ialah Tengku Kelana Street atau lebih dikenali sebagai Little India. Pelbagai barangan kaum India dijual disini seperti saree, makanan manisan dan banyak lagi. Menurut Julie, setiap tahun apabila sambutan hari Depavali tiba, beratus-ratus ribu pengunjung daripada pelbagai pelusuk negeri datang kesini membeli-belah. Deretan kedai di Little India ini juga ada keunikan sendiri dimana perekanya melebihkan ruangan kaki lima supaya peniaga dapat meniaga di ruang kaki lima dideretan kedai ini.


Kehadiran Tukang tilik merupakan salah satu tarikan yang ada di Little India ini
6. Masjid India Muslim Tengku Klana
Tahun dibina 1904




Lokasi ke 6 ialah Masjid India Muslim Tengku KlanaMasjid yang berusia 105 tahun pada asalnya dikenali dengan nama Masjid India Selatan Klang. Di awalnya, masjid ini dibina menggunakan bahan kayu dan diperbaiki dari masa kesemasa bagi mengatasi masalah limpahan jemaahnya. Namun dengan kos RM20 juta pembinaan semula masjid ini dapat dilakukan. Kini masjid yang berkeluasan 0.3 hektar ini mampu menampung seramai 3,300 orang jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini juga disifatkan sebagai mercu tanda perpaduan dan persaudaraan Islam di Selangor. Reka bentuk masjid ini juga unik kerana dilengkapi dengan kubah yang disokong dengan empat buah menara dan pintu gerbang indah. Reka bentuk tersebut menjadi aspirasi jawatankuasa masjid agar citi-ciri warisan sejarah dan sentiviti budaya masyarakat India Muslim diambil kira dan dikekalkan. Semoga masjid ini dapat meninggikan lagi syiar Islam sekali gus menjadi mercu tanda baru bagi bandar diraja ini


7. Balai Bomba Klang
Tahun dibina 1890



Tempat terakhir yang aku jejaki ialah Galeri Bomba Klang. Balai Bomba Klang ini dibina pada tahun 1890 oleh pihak Kerajaan Kolonial British dengan tujuan memelihara bandar Klang daripada kebakaran. Bangunan ini pernah digunakan sebagai ibu Pejabat Polis tapi kini ia kekal sebagai balai bomba dan terdapat  Galeri untuk dilawati. Apa yang menarik terdapat di galeri ini ialah segala peralatan pihak bomba gunakan merupakan dari zaman 1950 an dan terdapat satu kotak misteri yang hingga kini tidak dibuka dan masih disimpan disini. 


Habis jelajah 7 tempat menarik di sekitar Klang ini, aku terus balik ke Galeri Diraja semula untuk menikmati makanan tengah hari dan untuk masjid penutupan. Jap sebenarnya ada beberapa tempat lagi yang tak berkesempatan untuk lawati antaranya

Klang Covent School
Church of Our Lady of Lourdes
Kuil Sri Nagara Thendayuthapani
Gedung Raja Abdulllah


Korang wajib singgah tempat diatas kalau datang kesini yer.


Nampak menarik kan menu makan tengah hari kiteorang. Klang mempunyai penduduk majoriti berketurunan jawa dan pastinya Nasi Ambeng menja merupakan makanan tradisional disini. Walaupun aku tak berapa minat nasi ambeng tapi kali ini nasi ambeng yang dihidangkan sangat sedap. Sebenarnya ini kali pertama aku makan nasi ambeng.HUHUHU. Makanan dibawah pula merupakan makanan kegemaran iaitu Bahulu Kemboja dimana penyediaannya sangat ringkas dengan hanya menggunakan telur masin dan air. Wadai Kepeng ini rata-rata dah tahu kot. Memang sedap!


Tamatlah siri jelajah ke Klang Bandar Diraya. Sejujurnya Bandar Klang merupakan sebuah bandar ikonik yang mempunyai banyak cerita salur galur sejarah. Korang kene datang kesini taw.


Terima kasih Tourism Selangor dan KTM Holidays!

Untuk maklumat lanjut sila layari:

www.tourismselangor.my

19 comments:

adianiez AIDA said...

klang dlm memori.
dulu kakak aida dok klang. agak lama.
aida hampir tiap minggu ke klang naik komuter / bas.
ronda town klang. dulu tak la secantik skang ni, faries.
tapi tu la, tempat2 faries share ni aida x pernah gi.
sesuatu yg baru dan best. boleh la kalau dpt gi.

Suria Amanda said...

Sebenarnya banyak tempat akak x explore lagi kat malaysia ni ..kalau kat Klang rasanya baru sampai Muara ikan bakar..itupun lama dulu masa muda2..kena mkena masukkan dlm wishlist ni

Sherry Go Sharing said...

yeah so fun to visit places. shall check this out when have time. Now put as to do list

mama tisya said...

Seronok dpt peluang explore tmpt2 menarik di Klang dgn menaiki ktm tu . Tk pernh singgah lg tmpt2 tu . Ke Klang pn jrg tp pernh smp GM klang hehe

Qaseh Dalia said...

Wow yang sukakan sejarah boleh datang sini , tak tahu pulak Klang pun ada tempat best untuk di lawati .. tq for sharing

Fadzi Razak said...

Kalng memang one of tempat yang banyak tempat dan aktiviti menarik untuk lawat dan buat. Tapi tu lah, walaupun dah lama saya duduk dekat shah alam ni, sekangkang kera je dari klang, susah jugak nak jejak kaki ke klang hehehe

Bonde Zaidalifah said...

Seronoknya explore Daerah Klang kebanyakan tempat yang Faries lawati Bonde dah pergi, lawatan kerja bersama Puspanita Daerah Sepang,Tapi terliurlah Nasi Ambeng Manja tu menarik presentationnya

AyuArjuna BiGoshh said...

Best nyanjadi tourist di negara sendiri untuk satu sendiri. Tapi malaysia yang best adalah makanan dia semuanya sedap dan menarik. Rugi x cuba

Angelpoiwoon said...

i am from Klang! and I haven't been really visit there.. should check it out X.X

mrsliez said...

Kak liez xtau pun byk tempat menarik kat klang. Duk lalu g rumah pak saudara je tp xpeenah singgah tempat lain.. ok boleh masuk list klau smp klang lagi

Unknown said...

Arwah suami dari Klang, tapi sayang kami anak beranak tak sempat nak ikut balik kampung, suami dah pergi meninggalkan kami.
Bahulu kemboja tu dibuat ngan telur masin ya, macam ngilerr pulak dengar ni yang buat opah mesti nak kesana ni.
12 Tip Tingkatkan Trafik ke Blog

Tekkaus said...

tak pernah saya jejaki klang. Saya rasa antara tempat yang paling menarik yang dicadangkan adalah little India. Kuih-kuihnya nampak lazat. :)

Jia Shin Lee said...

I've not visited this part of Malaysia, looks wonderful and I'll plan this as my next family trip.

mrschantek.blogspot.com said...

Bila dah baca ni, baru tau ada macam2 kat Klang, dulu tau Pelabuhan Klang sahaja. Rupanya tingglan sejarah pun ada juga.

AlongMurni said...

Banyaknya tmpt sejarah menarik di Klang kan?? Jenuh berjalan nak jenjln pusing bandar klang.. unik dan penuh dgn tinggalan sejarah.. AM suka tmpt2 begini..

Bella Enveeus said...

Klang memang ada tempat2 menarik yang tersendiri. Cuma Bella rasa berat kalau nak kesana sebab dari Kajang ke Klang ada dalam sejam lebih jugak lah. Haha.. Malas nak drive. Kalau public transport tu yang, hmm hmm.. :D

Ibu Syurga said...

Ada KTM holidays ya? Adakah syarikat ini dmilik KTMB. Bagus idea tu sebab klang ni memang banyak lokasi yang menarik

Mama Hakim said...

Selangor ni sayang sangat sebab kawasan tumpuan pelancongnya kurang di jaga. Walaupun ada yang berpotensi, tapi hilang seri

Mazni Azmi said...

Selain dari tempat tempat yang adik senaraikan ni, ada lagi tempat best di bandar klang. Tapi tempat makan lah. Hehe