Monday, August 20, 2018

Gabungan 7 fungsi dalam 1 Aplikasi Hanya dengan CANNIS

Hello Semua

Kini, media sosial bukan lagi satu benda yang asing didalam kehidupan kita. Pengguna media sosial meningkat tahun demi tahun tidak mengira peringkat umur. Baru-baru ini Nimpmos Sdn Bhd, sebuah syarikat daripada Malaysia telah melancar sebuah aplikasi (APP) iaitu CANNIS yang mampu mengumpulkan pengguna 10,000 dalam tempoh 24 jam. Tujuh fungsi di dalam satu aplikasi Cannis? WOW!




Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Azman Ching berkata, aplikasi dengan tujuh fungsi itu meliputi keperluan asas harian se­perti makanan, minuman, hiburan dan pakaian memacu gelombang baharu model perniagaan.Katanya, ia termasuk siaran langsung dalam talian, e-dagang, permainan, video pendek, platform sosial, membeli-belah dan pembayaran digital.

Pelancaran global aplikasi Cannis telah diadakan di Pusat Konvensyen Setia City di Setia Alam pada 18 Ogos lepas dengan unjuran lebih 4,000 tetamu telah hadir.

Cannis adalah platform integrasi pertama di dunia kerana pada masa kini orang ramai tidak lagi perlu untuk memuat turun pelbagai aplikasi,Sejak Mac lalu, Cannis berjaya mengambil alih syarikat-syarikat teknologi berkaitan internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih dan perkongsian data besar. Dalam masa sama, syarikat telah menjadi rakan kerjasama Google seterusnya meningkatkan kebolehan sistem keselamatan aplikasi Cannis.

Menurut Azman, falsafah perniagaan Cannis adalah u think it, we build it justeru syarikat berhasrat untuk memudahkan kehidupan orang ramai dengan aplikasi pelbagai fungsi itu.
Cannis bukan sahaja sesuai digunakan oleh golongan muda malah ciri sistem pembayaran boleh digunakan di 140 negara di seluruh dunia terutama di Asia Tenggara.Di China, nilai pasaran jualan dalam talian dan hasil pengiklanan pemasaran siaran langsung telah mengatasi industri filem malah individu berpengaruh adalah lebih berharga daripada bintang filem.


Aku pasti masih ada yang tak faham lagi kegunaan app Cannis ni. Meh aku terangkan, Cannis ini dicipta untuk orang ramai menggunakan satu platform dengan pelbagai fungsi. Sebab tu Cannis mempunyai tujuh fungsi sekaligus. Sebagai contoh korang nk buat live video korang boleh guna live video di Cannis dan kalau korang nk buat bayaran secara online pon korang boleh gunakan Cannis pay. Selain itu, kalau korang nak main games pon korang boleh main games yang ditawarkan oleh Cannis sendiri. Kenapa live broadcast tu merupakan perniagaan utama buat Cannis dan Nimpmos. Korang sedar atau tidak trend membeli datangnya daripada iklan melalui media social seperti review oleh insta famous, influencer, blogger DLL.

Dapatkan Cannis App sekarang!!

Bagi pengguna telefon pintar Android, korang boleh muat turun sekarang di playstore tetapi bagi penguna IOS masih belum boleh di muat turun. Selain itu korang masih boleh memuat turun dari http://api.ickapay.com/download/index.html



No comments: